Testimonial

MOHD AMZAN

amzan1

Tanggal 20 Disember 2008 yang lalu, kami sempat meluangkan masa melawat seorang pesakit yang koma selama 4 tahun di Kg. Rantau Panjang, Kelang, Selangor. Berdasarkan maklumat daripada kakak beliau. Beliau koma selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Akibatnya, 1/4 bahagian otak beliau terpaksa dibuang untuk mengelakkan jangkitan kuman. Namun, rentetan daripada pembedahan itu beliau hilang segala upaya fizikal seperti ingatan, makan, minum, berjalan dan banyak lagi. Hidup beliau hanya bergantung dengan susu dan air sahaja dan terpaksa menampung kos susu yang agak tinggi.

Kami mengenakan 5 unit Quantum Pendant pada tubuh beliau pada malam itu dan memberi beliau minun air yang dicas dengan Quantum Flask. Disertakan dengan urutan dengan hanya menggunakan air cas beliau mula memberi reaksi selepas 2 jam rawatan dilakukan. Beliau mula memberi respon semasa namanya dipanggil dan menangis. Sebelumnya beliau hanya pasif tetapi selepas diberi rawatan beliau mula aktif dan batuk-batuk dengan mengeluarkan kahak.

Kami membuat perkiraan kaedah ‘Body Talk’ dan mendapati tubuh beliau memberi respon untuk sembuh dalam masa 3 bulan dengan menggunakan 5 biji quantum pendant. Dua minggu kemudian kami melawat beliau (3 januari 2009) semula dan mendapati beliau sudah mula berisi dan pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat. Beliau sudah boleh menggerakkan kaki dan tangan dan cuba untuk bersuara walaupun agak sukar.

Dua minggu berikutnya (17 januari 2009), kami melawat beliau sekali lagi dan mendapati beliau sudah mampu menarik selimut sendiri sebagai reaksi terhadap rasa sejuk. Alhamdullillah, segala yang berlaku adalah dengan pertolongan Dia dan kami hanya mampu berikhtiar dan membantu.


ABDUL RAHMAN

terbakar1terbakar1-3terbakar1-4

Kami menerima panggilan tergempar daripada salah seorang kawan kami yang berada di Klang, Selangor. Beliau meminta kami merawat salah seorang kawan baik beliau yang terlibat dalam kemalangan kebakaran (boiler) di tempat beliau bekerja. Hampir 60 peratus badan beliau terbakar dalam insiden tersebut. Kami memberi beliau 2 biji Quantum Pendant, satu dipakai dan satu lagi digenggam pada tangan yang terbakar teruk.

Tangan yang memegang Quantum Pendant pada asalnya tidak dapat digerakkan akhirnya berjaya digerakkkan selepas 20 minit memegang Quantum Pendant. Rasa pedih pada bahagian terbakar hilang serta merta setelah disapukan dengan air yang di ‘cas’ menggunakan Quantum Flask. Melihatkan keajaiban yang telah berlaku, isteri beliau yang pada mulanya menyangkal dengan keupayaan quantum pendant akhirnya meminta kami mengubati sakit lutut (Gout) yang dihidapi beliau. Alhamdulillah, kesakitan akibat terbakar telah sembuh..malah sakit lutut isteri beliau juga hilang serta merta. Semuanya dengan izin Allah SWT.


EN. ABU HANIFAH (PAK CIK AMIN), SEMENYIH

pcik-aminbatu-karang-pcik-amin

Saya telah menggunakan Quantum Pendant selama satu bulan setengah. Pada awal penggunaan produk ini, saya menghidapi bermacam-macam tindakbalas awal (healing crisis) kerana penyakit GOUT, Kencing Manis, Darah Tinggi dan Penyakit Batu Karang. Setelah menggunakan produk quantum pendant selama satu bulan. Penyakit Batu Karang saya mula menunjukkan reaksi positif. Air kencing saya bercampur dengan darah dan sebanyak 8 (lapan) biji batu karang telah keluar daripada kemaluan saya.  Satu biji tidak sempat diambil kerana masuk kedalam saluran air bilik mandi. Saya amat gembira sekarang kerana tiada lagi masalah kencing yang berdarah dan batu karang. Penyakit GOUT juga telah hilang dan saya rasa lebih bertenaga. Kini, saya telah mencanangkan kehebatan quantum pendant pada semua warga Kampung Pasir di Semenyih.


PUAN NORIZAN YUSOF

norizantesti-diabetes2

Kaki kanan Puan Norizan Yusof rosak akibat kencing manis (diabetes). Pembedahan untuk memotong kaki beliau dapat dielakkan hasil penggunaan berterusan LOKET QUANTUM. Kurang sebulan selepas itu keadaan beliau bertambah baik. Luka di kaki beliau bercantum dengan isi dan kulit yang baru tanpa perlu pembedahan tampalan dengan kulit peha. Pemulihan beliau mengambil masa yang singkat. Doktor pakar (KBMC) mengakui keberkesanan LOKET QUANTUM dan mengesyorkan penggunaannya secara berterusan.
(Petikan maklumat dan kajian doktor pakar KBMC, Kampung Baru, Kuala Lumpur)


NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD NOR

Ini pula testimoni daripada adik saya sendiri, beliau menuntut di UiTM Arau, Perlis. Beliau terlibat dalam kemalangan ‘terjatuh ke dalam longkang’ berhampiran PWTC Kuala Lumpur sewaktu menjalankan aktiviti lawatan sambil belajar di situ. Peristiwa berlaku apabila adik saya dan kawan-kawannya berlari-lari anak untuk menaiki bas lawatan dan nasib begitu malang apabila adik saya tanpa dia sedari terpijak longkang yang tiada penutup besi dan terhumban ke dalam longkang sedalam 2 meter dengan keadaan jatuh terduduk. Doktor mengesahkan satu ruas tulang belakang beliau retak teruk iaitu ruas T12. Beliau dikejarkan ke hospital pada 26 mac 2009. Akibat daripada kecelakaan itu, adik saya ditahan di hospital Kuala Lumpur selama seminggu dan tidak dibenarkan bergerak sama sekali.

Semasa berada di hospital, selain dirawat dengan ubatan hospital saya juga menggunakan Quantum Pendant dan Quantum Sport Flask sebagai alternatif rawatan. Alhamdulillah, adik saya dapat keluar daripada hospital lebih awal dari tempoh yang sepatutnya. 24 Jun 2009 yag lalu, X-ray terakhir dilakukan ke atas tulang belakang beliau dan doktor mendapati tulang yang remuk (T12) sudah kembali kepada bentuk asal. Pada awalnya, doktor menetapkan penyembuhan total akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dengan disusuli fisioterapi. Tetapi beliau sungguh terkejut adik saya boleh sembuh dalam masa hanya 3 bulan tanpa menjalani fisioterapi. Alhamdulillah, berkat penggunaan quantum pendant dan izin daripada Allah S.W.T adik saya telah sembuh seperti biasa dan kembali normal.


ALESSANDRO RAHMAN

My Picture

Mengenai Quantum Pendant ni, bagi saya merupakan satu batu hitam kecil tetapi membawa manfaat yang besar di dalam kehidupan seharian. Quantum pendant bila digunakan untuk mencas air minum atau diletakkan dibawah pinggan nasi dan lauk-pauk, menambah zat dan khasiat air dan minuman tersebut, kerana telah dicas dengan tenaga scalar, dari segi perbezaan rasa pula, tidak jauh berbeza dengan sebelum ini sebab saya memang dah biasa ‘reiki’ kan makanan dan minuman, jadi bila dah dicas dan sekaligus reiki, rasanya hampir sama.

Salah satu pengalaman mengenai Quantum Pendant yang menarik adalah bila saya melakukan uji cuba dengan menggerakkan perlahan-lahan Quantum Pendant ni ke bahagian tangan, terasa seperti ada daya tarikan antara permukaan kulit dan Quantum Pendant. Ianya seperti magnet yang menarik dan bila saya telah meminat pandangan Saudara Mohd Nazri (Admin 1001cures.biz), beliau menjelaskan ianya adalah disebabkan daya tenaga scalar dan energi reiki. Pengalaman saya ini menjadi satu lagi bukti yang menjelaskan yang tenaga scalar itu wujud dan menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Quantum Pendant tidak berfungsi dan hanya melibatkan psikologi semata-mata.

Sakit minda iaitu mungkin mengalami gangguan psikologi, dapat disembuhkan dengan rawatan psikologi, tetapi penyakit fizikal seperti kanser memerlukan rawatan lain selain psikologi, memang tidak dinafikan yang psikologi itu penting tapi bila pesakit menggunakan Quantum Pendant dan kemudian penyakit yang dialami itu sembuh, ianya bukan sekadar rawatan psikologi tetapi juga kerana tenaga scalar itu memang wujud.

Quantum Pendant bukan hanya dapat digunakan sebagai kalung dan dipakai di leher, malah ianya multi fungsi, ianya juga boleh digunakan untuk cas air, cas minda (dengan cara meletakkannya di bahagian atas kepala dan dahi atau mana-mana bahagian lain di kepala).

Tapi adalah ianya cukup sekadar itu? Tidak, sudah tentu bukan. Ramai yang mungkin tidak tahu, tapi bila kita ada sesuatu yang hebat dan cool macam Quantum Pendant ini, kenapa hendak sia-siakannya? Mungkin ramai dah tahu mengenai Quantum Pendant digunakan untuk cas air, pakai di leher dan lekap di tempat sakit…

Sebenarnya, Quantum Pendant boleh digunakan untuk mengurut di tempat yang sakit iaitu dengan cara tekapkan di bahagian sakit dan urut perlahan-lahan, malah boleh digunakan untuk digosokkan ke bahagian tubuh yang digigit serangga kecil seperti semut api dan kesan gigitan nyamuk dengan cara dibasahkan sedikit dan digosok perlahan-lahan, juga untuk kudis buta, boleh dioles dengan air yang dicas dengan Quantum Pendant dan digosokkan dengan lembut.

Selain itu, ianya dapat digunakan untuk kawal emosi gabra iaitu cemas bila berdepan ramai orang, caranya cas air minum dan genggam Quantum Pendant lima minit berselang di tangan kiri dan kanan, kemudian letakkan di jantung, saya pernah mencubanya, ianya tidak menghilangkan perasaan cemas tetapi membantu saya lebih relaks dan tenang, dan boleh menghadapi situasi dengan lebih baik.

Saya begitu bersyukur kerana dapat memiliki satu unit Quantum Pendant, biarpun satu ianya multifungsi dan dapat digunakan dalam apa jua keadaan. Jika berkenaan masalah penyakit, saya bersyukur sebab sentiasa sihat walafiat, yang penting makanan dan minuman kena jaga dan paling penting adalah aktiviti riadah, jogging dan pergi ke gym sekali sekala. Kalau pasal bab kesihatan, terlalu banyak faktor yang perlu diambil kira untuk sihat, bukan hanya sekadar memakai Quantum Pendant dan cas air kemudian minum, anda terus sihat..tidak sama sekali..jika anda tidak menjaga makan minum, anda tetap akan jatuh sakit..

Sebagai pengamal reiki, Quantum Pendant melengkapkan diri dan hidup saya. Kalau nak cerita panjang-panjang mengenai Quantum Pendant dan kebaikannya, memang tak cukup walau sepuluh muka surat sekalipun sebab terlalu banyak, disini pengalaman dan testimoni saya ini saya cuba ringkaskan tetapi padat.

Jangan pernah percaya kata-kata ini sehingga anda sendiri buktikannya, tapi saya pasti anda tidak akan hampa sebab ini merupakan testimoni ikhlas dan benar.

Terima Kasih..
Alessandro Bin Rahman.


Adie Kamal Arifin & Olees Rosli

Adie Kamal Arifin dan Oleez Rosli merupakan pengguna Quantum Pendant yang telah merasai kehebatan Quantum Pendant. Hari ini baru dapat amek gambar diorang berdua..sama-sama kita nantikan apa cerita mereka tentang Quantum Pendant..tungguuu..

Untuk Testimonial Selanjutnya Sila Ke Laman Testimonials Rasmi Fusionexcel International

Popularity: 10% [?]

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes