Sistem Binary MLM haram?

Hanya nak berkongsi dengan pembaca semua, bahawa sistem binary mlm yang menghadkan jumlah ‘level’ dalam jaringan kumpulan anda adalah diklasifikasikan sebagai haram.
Ianya berikutan konsep sistem berkenaan yang tidak adil dan menindas para pengedar. Untuk lebih mudah anda faham, konsep sistem binary yang limited menetapkan anda hanya akan dapat bonus overiding daripada perkembangan kumpulan perniagaan anda hanya sehingga level-level tertentu sahaja. Sebagai contoh, syarikat X meletakkan syarat maximum bonus perkembangan perniagaan adalah sehingga level ke 14 sahaja..dalam kata lainnya level ke 15 dan seterusnya adalah jumlah direct sales kepada syarikat meskipun ianya dijual oleh downline2 anda yang melayakkan anda mendapat bonus. Situasi ini adalah satu contoh kezaliman yang dilakukan oleh syarikat yang mahu mengaut untung semata-mata.
Di FusionExcel, kami mengamalkan konsep mudah dan senang. Sistem Binary Hybrid yang diamalkan oleh Fusionexcel tidak meletakkan had level untuk pembayaran bonus kepada pengedar. Malah sistem binary FusionExcel memberi kebebasan maksimum kepada pengedar untuk mengembangkan jaringan perniagaan mereka.
Popularity: unranked [?]
Related posts:
- Kelebihan Sistem Perniagaan Pemasaran Berperingkat
- Leader atau Retailer?
- Pakej Perniagaan Terkini FusionExcel International
- Mengapa Saya Begitu Teruja Dengan Perniagaan Produk Quantum Science?
- Etika Perniagaan Bersama FusionExcel
This entry was posted on Friday, July 24th, 2009 at 12:20 pm, filed under Info Bisnes, and is tagged as fusionexcel, halal, haram, MLM, quantum pendant, sistem binary. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



July 25th, 2009 at 8:31 pm
Memang pada mulanya susah jugak nak beza Sistem Binary ni. Mula-mula join Fusion Excel (FE) dulu pun ingat Binary jugak, tapi Sistem FE ni jauh beza dengan yang kat luar. Kalau kaji boleh GILA bang, duit masyuk je. Modal pun rendah… tak payah nak buat loan ribu-ribu
July 25th, 2009 at 10:59 pm
Betul tu, di FE..lagi banyak e-wallet yg kita miliki..lagi besar potensi income..tambah2 pulak boleh bukak jaringan ke seluruh dunia..mcm iberwang kita ni buat.
July 26th, 2009 at 1:20 am
Sistem Binary MLM haram? | 1001Cures…
Hanya nak berkongsi dengan pembaca semua, bahawa sistem binary mlm yang menghadkan jumlah ‘level’ dalam jaringan kumpulan anda adalah diklasifikasikan sebagai haram…..
July 26th, 2009 at 1:36 am
Erm, setuju. Bile berlaku penindasan dan ketidakadilan, memang haram di sisi agama. So, cari la sistem yang betul2 nak bantu kita jana duit dan tolong kita.
July 27th, 2009 at 10:38 am
Maaf ye, sedikit pembetulan. FE TIDAK mengamalkan sistem BINARY. Sistem yg diguna pakai oleh FE adlh SISTEM HYBRID.
July 27th, 2009 at 1:20 pm
maaf..sistem binary hybrid
July 29th, 2009 at 12:28 pm
kadang2 sistem dah betul, tapi manusia pulak yg tak betul..
February 2nd, 2010 at 4:31 pm
Maaflah ye, tapi sistem tanpa had lagi la teruknya sebab akan ada sampai satu level yg mana upline tidak pernah bertemu downline – jadi upline tidak layak mendapat apa2 kerana syarat untuk mendapat upah (komisen) adalah antara lain usaha, atau menjamin kualiti produk . Walaupun ada usaha diperingkat awal, tiada usaha langsung diperingkat jauh. Malah, tidak juga menjamin kualiti produk. Maka, jika tiada had, penindasan dilakukan upline.
Satu lagi, sistem binari juga ada masalah dari segi maisir. Iaitu, kalau tak cukup dua org bawah level, mesti tak dapat komisen kan? Itu termasuklah seperti perjudian kerana komisen itu upah atas usaha, walaupun hanya dapat seorang. Kalau ada syarat kena dua org baru dapat, maka ada unsur perjudian dan penindasan.
Jangan dok main halalkan/haramkan je kalau tak tau hukum atau qaedah2nya. Sebenarnya, amatlah payah mencari satu pun sistem MLM yg tidak ada keraguan dari segi hukum.
February 2nd, 2010 at 4:47 pm
Perniagaan Fusionexcel bukan semata-mata menaja individu tetapi lebih kepada menaja produk yang diwakili oleh setiap akaun. Malah jika tidak ingin menaja (orang), seseorang upline atau pengedar boleh menaja dirinya sendiri kedalam sistem dan layak mendapat bonus.
February 2nd, 2010 at 8:29 pm
bagi saya, jika takde bukti jelas haram dan kita yakin dgn apa kita usaha..setiap rezeki itu halal. jangan terlalu mencari negatif shj jika nak berjaya
jadi terpulang pada pendapat masing2..jika sistem halal tp buat kerja menipu pn jadi haram rezeki yg kita dpt. umpama curi tulang walaupun keja mkn gaji..
February 2nd, 2010 at 8:52 pm
Saya pn nak tambah jgk sikit arieza..
ehem..ehem..rezeki yang halal pn jika cara mendapatkannya salah contohnya dengan cara menindas, mempergunakan kebolehan orang lain untuk kepentingan peribadi dan busuk hati. Juga jadi haram. Bagi saya, rezki yang halal terletak pada keredhaan tangan yang memberi dan tangan yang menerima. Tetapi, konsep halal haram yang telah digariskan oleh syariat Islam sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Yang haram itu jelas, yang halal itu juga jelas..yang berada ditengah2 itu syubhah.
February 14th, 2010 at 8:54 am
assalamualaikum…MLM adalah satu perniagaan yang mmg maju dan semua orang nak buat tapi atas semua usaha…dalam MLM terdapat bnyk sistem seperti binary, piramid, skim cepat kaya dan sebagaiya…cuma saya xkata sy tau semua…sy dapat lihat sistem binanry dan yg len2 adalah xkena kerana macam ada suadaara kita kata salah sorang ahli xgerak…komisen xdpt..kite kene ingat..bila business mesti ada servis dan produk..dan perlu bergerak…rasulullah s.a.w berniaga dari satu tempat ke tempat yang lain..klu nak lebih tahu silalah kelaman web ustaz zaharuddin..dia ada cerita sal MLM