Seribu Kegunaan Quantum Pendant
Quantum pendant yang menjanakan tenaga skalar bukan hanya terhad untuk kegunaan perubatan semata-mata. Jangan salah faham..
Quantum pendant juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan sebagai contoh untuk menjimatkan penggunaan petrol atau diesel. Cuma lekapkan beberapa biji quantum pendant pada bahagian luar tangki petrol atau diesel kenderaan anda. Tenaga skalar daripada quantum pendant ini akan meleraikan gumpalan-gumpalan molekul bahan bakar dan menjadikan ia lebih cair daripada biasa. Pembakaran bahan api juga akan menjadi lebih sempurna dan mengelak daripada pembaziran.
Selain menjimatkan bahan api, quantum pendant juga boleh digunakan untukĀ menambahkan kesegaran makanan dan juga melambatkan proses basi. Jika hendak masak nasi, basuh beras anda dengan air yang dicas oleh quantum pendant ataupun semasa nasi hampir masak..masukkan kedalam periuk nasi sebiji quantum pendant. InsyaAllah, nasi tersebut akan lebih enak dan lambat basi. begitu juga untuk mengekalkan kesegaran sayuran di dalam peti ais. Cuma perlu letakkan sahaja quantum pendant di dalam peti sejuk berkenaan. InsyaAllah, sayuran akan kekal segar dan tahan lama.
Seorang sahabat saya yang menjual ikan di pasar basah selalu menggunakan air yang dicas dengan quantum pendant untuk membasahi ikan-ikan jualannya. Alhamdulillah, ikan-ikan jualannya kekal segar dan sepanjang hari tanpa perlu dimasukkan dalam peti ais.
Jika anda suka makan buah limau, tapi tidak gemar pada rasa masamnya. Anda hanya perlu lekapkan quantum pendant pada buah limau tersebut dan rasailah perbezaaannya. Kaedah yang sama juga pada penggemar coke atau minuman berkabonat..untuk mengurangkan rasa manis dan gas..anda hanya lekapkan quantum pendant pada bekas minuman tersebut. Saya pernah melakukan ujian pada sebotol air coke dengan 6 biji quantum pendant..hasilnya amat memeranjatkan. Air coke tersebut berubah menjadi masin!.
Anda boleh cuba sendiri di rumah. Satu ulangan daripada saya, quantum pendant mempunyai seribu kegunaan yang amat bermanfaat untuk kehidupan seharian anda.
Popularity: unranked [?]
Related posts:
- Quantum Pendant Kurangkan Ketagihan Rokok
- Quantum Pendant Adalah Mini REIKI
- 3.5 Juta Lelaki Malaysia Mati Pucuk!
- Quantum Pendant Amat Sesuai Untuk Ahli Fisioterapi
- Demonstrasi Fleksibiliti atau Kelenturan Badan Menggunakan Quantum Pendant
This entry was posted on Sunday, June 28th, 2009 at 2:33 pm, filed under Kaedah Penggunaan, and is tagged as air, asid urik, fisioterapi, fleksibiliti, gout, gumpalan air, kelenturan, kristal asid urik, lemon, multipurpose, pelbagai guna, physiotherapist, quantum pendant, rancangan TV, seribu kegunaan, tenaga skalar, TV1, water cluster. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



December 16th, 2009 at 4:52 pm
salam. saya masalah tekanan darah rendah. kalau tak silap 110/70 ( x lah rendah sgt ) dgn menggunakan produk nie apa yang perlu saya buat. setiap hari saya akan pening2 dan ada perasaan takut2.
December 17th, 2009 at 12:25 am
salam fatlady,
Dah lama fatlady xkomen kat 1001cures..berhubung dgn masalah kesihatan fatlady sy syorkan pemakaian Quantum Pendant selama 8-12 jam sehari. Malam sewaktu tidur xperlu pakai. InsyaAllah tekanan darah rendah akan kembali stabil dan akan menghilangkan rasa takut atau resah gelisah.
Terima kasih.
December 17th, 2009 at 2:23 pm
terima kasih banyak. macam mana pulak dengan pemakaian gelang? kena pakai berapa jam pulak?
December 17th, 2009 at 2:24 pm
lebih kurang 8-12 jam juga fatlady..
March 2nd, 2010 at 10:30 am
salam. Saya nak tanya, quantum flask tu, di mana lahar gunung berapinya di letak? maksud saya skalar energynya?2. berapa lama nak caj air dlm flask tu?3. Klu kita caj air dlm bekas, berapa lama caj air tu bertahan?4. Bg mereka yg ada gestrik, mcmana nak guna quantum pentant tu?
March 2nd, 2010 at 12:39 pm
Salam isma,
Bagi Quantum Flask, lahar gunung berapi telah diadun sekali bersama-sama binaan badan Quantum Flask. Bahagian luar Quantum Flask diperbuat drpd stainless steel manakala bahagian dalam pula adalah sebatian titanium.
Untuk cas air menggunakan flask, tidak memerlukan masa yang lama sekadar 5 minit sahaja. Namun begitu, lebih lama lebih bagus.
Air yang telah dicas akan bertahan sapai bila-bila dengan syarat tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus, terdedah pada radiasi alat elektronik, dimasak atau disejukkan di dalam peti ais.
Air yg telah dicas amat sesuai untuk pengguna yang mengidap penyakit gastrik. Tenaga yang terkandung di dalam air cas akan merangsang sel-sel di sekitar perut untuk kembali normal. Gastrik berpunca drpd penghasilan asid yang berlebihan di dalam perut. Maka, fungsi air cas adalah meneutralkan atau meredakan radang hakisan asid yang melampau di dalam bahagian pencernaan.
March 2nd, 2010 at 2:48 pm
salam. ada tak sinar gama ke beta ke apa2 ke dalam pendant kita tu?
March 2nd, 2010 at 5:39 pm
salam fatlady,
Gama adalah sinaran radiasi dan beta pula adalah sejenis gelombang halus. Apa yang saya tahu, quantum pendant hanya memancarkan tenaga skalar sahaja.
March 2nd, 2010 at 9:24 pm
salam lg…

(nasib baik di rumah tau)
Klu ibu2 yg makan pil perancang,bole ke guna QP?
Lucu..hari ni saya bekalkan anak saya air mineral bercaj…Pas balik rumah, semua ceta dorang mengantuk ketika ceramah Maulidurrasul di dewan…pastu, dorang share dgn seorg kwn lg…pun sama2 gol tido..Cikgu suruh dorang pi jalan2 kejap spy hilang ngantuk…
So,napa ye dorang ngantuk tu? Tindak balas buang toksik ke? Saya pun ngantuk,kencing2, pening lalat dan yg teruknya banyak mengeluarkn gas beracun!hahaha
March 3rd, 2010 at 12:43 am
Quantum Pendant tiada pantang larangnya..semua orang tak kira umur dan taraf kesihatan boleh menggunakannya.
Bagi pengguna yang pertama kali menggunakan Quantum pendant atau minum air cas. Akan berlaku tindakbalas awal (healing crisis). Tindakbalas awal yg berlaku selalunya tak sama..dan berbeza untuk individu yang berlainan. Pada pendapat saya, keadaan ‘mengantuk’ yg terjadi tu mungkin juga pengaruh tenaga skalar yang sedang memberi kesan kepada keseimbangan tenaga pada setiap orang yg telah minum air cas tersebut. Namun, suatu yang normal rase mengantuk ketika mendengar ceramah… saya pun selalu mcm tu..
Berbalik kpd ibu yang mengamalkan pil perancang pula..ianya tiada masalah untuk menggunakan Quantum Pendant.