Risiko EMF Kepada Manusia
EMF atau Electromagnetic Field sudah tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Lahir saja manusia ke dunia, medan elektromagnetik buatan manusia ini telah sedia ada disekeliling kita.
Medan elektromagnetik buatan manusia diklasifikasikan sebagai gelombang elektromagnetik yang tidak selaras dengan gelombang semulajadi bumi. Medan elektromagnetik yang terlalu kuat mengganggu aliran tenaga pada tubuh manusia dan seterusnya menjadi punca timbulnya penyakit.

Alat-alat yang menghasilkan medan elektromagnetik adalah seperti telefon bimbit (yang paling berbahaya), television, komputer, talian kabel elektrik, pencawang elektrik, mesin fotostat, ketuhar gelombang mikro dan banyak lagi.
Alat-alat ini tanpa kita sedari sebenarnya sedang membunuh kita dalam diam. Tidak dapat di nafikan alat-alat tersebut banyak memberi manfaat kepada manusia sebagai contoh telefon bimbit. Namun, ianya juga mengundang malapetaka yang di luar kesedaran kita. Saya berminat menggunakan telefon bimbit sebagai contoh kerana memerhatikan trend penggunaan telefon bimbit semasa. Cuba anda perhatikan, kini sudah ramai yang menggunakan lebih daripada satu telefon bimbit. Satu pada poket kanan seluar dan satu lagi pada poket yang kiri, sudah pasti ianya sangat hampir dengan organ reproduktif lelaki. Jika perempuan pula, kedua-duanya diletakkan di dalam beg tangan yang disandang berhampiran dengan payudara. Kajian telah membuktikan, gelombang EMF yang berbahaya daripada telefon bimbit boleh menyebabkan kanser.
Quantum pendant yang menjana tenaga skalar secara semulajadi amat sesuai untuk menyekat dan membentuk perlindungan semulajadi pada tubuh manusia daripada ditembusi oleh gelombang elektromagnetik yang berbahaya ini. Ianya telah terbukti benar menerusi demonstrasi di antara Quantum Pendant dan telefon bimbit.
Popularity: unranked [?]
Related posts:
- Demonstrasi Radiasi Handphone
- Quantum Pendant Dan Gelombang Otak
- Kunci penyembuhan Quantum Pendant
- Quantum Pendant Boleh Merawat Kencing Manis dan Darah Tinggi
- Tenaga Skalar Merawat Kanser
This entry was posted on Thursday, July 16th, 2009 at 11:14 am, filed under Info Terkini, and is tagged as 1001cures, cancer, electromagnetic field, EMF, gelombang elektromagnetik, handphone, kabel elektrik, kanser, microwave oven, mobile phone, quantum pendant, telefon bimbit, tenaga skalar. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



July 25th, 2009 at 8:36 pm
Bagi lelaki, renungkanlah sejenak bila hp kat poket seluar. Kalau satu boleh tahan lagi. Kalau dua, kiri kanan? Apa yang masak bang? Sendiri mau ingatlah… ZURIAT bagaimana bagi orang bujang?
September 4th, 2009 at 1:26 pm
Salam,
Satu alat pemancar DiGi akan dipsg di bumbung premis bersebelahan. Adakah kajian selain Prof Adlina yg membuktikan EMF boleh menyebabkan kanser, migrain, peny. kulit etc di dlm & luar negara?
Saya & pend. setempat membantah tetapi menemui jalan buntu kerana telah diluluskan MPK.
Kami akan terdedah EMF secara berterusan 24 jam pada jarak <10 m atas kepala. Plz help.
Wassalam.
September 4th, 2009 at 2:45 pm
Ini lah mainan politik PBT..pada pendapat saya teruskan usaha membuat bantahan. Jika perlu, suarakan bantahan ini menerusi wakil rakyat kawasan tersebut. Inilah masanya mereka perlu bekerja untuk rakyat.