Quantum Pendant Dan Gelombang Otak

Apabila berbicara soal gelombang-gelombang ni, ramai yang hanya menyangka gelombang hanya wujud pada sistem radio, telefon bimbit dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa otak manusia juga menghasilkan gelombang-gelombang tertentu pada frekuensi (getaran) yang berbeza.

Otak manusia secara asasnya menghasilkan 4 jenis gelombang iaitu alpha, beta, theta dan delta. Setiap gelombang akan terhasil apabila manusia berada dalam keadaan tertentu contohnya apabila anda sedang teruja atau bersemangat, otak anda sedang menghasilkan gelombang beta. Nanti saya perincikan sifat-sifat setiap gelombang otak dan fungsinya.

gelombang otak

1. Gelombang alpha – gelombang ini mempunyai frekuensi di antara 9 – 13 Hz, orang yang berada dalam gelombang otak ini akan berasa tenang, santai dan tidak banyak berfikir. Gelombang Alpha biasanya wujud pada peringkat permulaan hendak tidur. Gelombang alpha sangat bagus untuk mencetus kreativiti.

2. Gelombang Beta – gelombang ini mempunyai frekuensi di antara 14 – 30 Hz, juga dikenali sebagai gelombang semasa sedar. Orang yang berada dalam gelombang otak ini akan berasa bersemangat dan ghairah. Seringkali seseorang yang berada di dalam tahap gelombang otak ini akan bertindak terburu-buru dan pada waktu malam sukar untuk tidur. Fungsinya adalah untuk mencetus keghairahan dan semangat.

3. Gelombang Theta – gelombang ini mempunyai frekuensi di antara 4 – 8 Hz, orang yang berada dalam tahap gelombang ini sedang berada di antara keadaan sedar dan keadaan tidur. Gelombang otak ini memberikan ketenangan yang paling tinggi kepada orang yang mengalaminya. Pada keadaan ini, seseorang akan berinteraksi dengan minda separa sedarnya.

4. Gelombang Delta – gelombang ini berlaku apabila seseorang sedang tidur nyenyak dan bermimpi.

Bagaimana Quantum Pendant Boleh Meningkatkan Fungsi dan Keseragaman Gelombang-Gelombang Otak?

Quantum pendant yang menjana tenaga skalar bertindak secara terus menstabil dan menyeimbangkan (balance) tahap gelombang-gelombang otak manusia. Berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit Imsomnia, beliau mendakwa tidak dapat tidur dengan sempurna pada setiap malam. Katanya, apabila pejam mata dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu dan berasa gelisah. Saya pinjamkan sebiji Quantum Pendant kepadanya dan meminta dia memakai Quantum Pendant semasa tidur.

Sungguh mengejutkan, pagi keesokkannya beliau menghubungi saya menyatakan yang beliau dapat tidur lena pada malam itu. Syukur Alhamdulillah, daripada pemerhatian saya beliau mengalami keadaan gelombang otak Beta yang terlalu berlebihan sehingga menyebabkan kesukaran untuk tidur.

Satu lagi masalah yang kawan saya alami, beliau adalah kawan rapat saya dan mempunyai masalah gemuruh dan gugup yang teruk sekali. Apabila hendak bercakap di khalayak ramai (public speaking), beliau akan terketar-ketar dan menggelabah sehinggakan apa yang diucap tidak sama dengan yang ditulis. Langsung, saya meminjamkan Quantum Pendant saya kepadanya dan beliau berjaya bercakap dengan penuh yakin di depan audien.

Quantum Pendant juga amat sesuai untuk anak-anak yang malas belajar, caranya cukup sekadar memberikan anak anda meminum air yang dicas dengan quantum pendant. InsyaAllah, anda akan mendapati perubahan positif pada anak anda.

Popularity: unranked [?]

Related posts:

  1. Jualan Murah Quantum Pendant RM 200 Sahaja!
  2. Etika Perniagaan Bersama FusionExcel
  3. Sesuaikah Quantum Pendant Dengan Wanita Hamil?
  4. Quantum Pendant Ada Pantang Larang?
  5. Imej Aura Quantum Pendant

This entry was posted on Friday, July 3rd, 2009 at 11:37 am, filed under Kaedah Penggunaan, and is tagged as , , , , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Quantum Pendant Dan Gelombang Otak”

  1. anak saya mengalami masalah kemurungan. Boleh tak quantum pendant merawat masalah tu?

  2. 1001cures Says:

    kemurungan berpunca daripada gangguan dan tekanan emosi. Cubalah pakaikan quantum pendant kepada anak kak khatty..insyaAllah tekanan emosi beliau akan beransur-ansur pulih. Selain itu, kekalkan hubungan baik dengan dia dan sentiasa beri galakkan positif.

  3. Fokus semasa belajar juga terbukti meningkat selepas memakai Quantum Pendant. Saya selalu amalkan minum air dari Quantum Flask. Sgt berbeza rasa air yg telah dicas.

  4. Saya bekalkan setiap anak2 saya (darjah 3 & 4) 1 quantum pendant bawa ke sekolah (sorok dlm dompet-takut cikgu/pengawas rampas kalau pakai kat tengkuk). Alhamdullilah, dgn izinNya, terkejut tengok keputusan peperiksaan yg meningkat lebih 50%.

  5. Alessandro Rahman Says:

    Quantum Pendant bukan sahaja untuk kesihatan diri secara fizikal tetapi bagus juga untuk dalaman dan untuk IQ.

    Bagus untuk para pelajar sekolah bagi meningkatkan tumpuan belajar.

    p/s-kalau ada sekolah yang nak cemerlang anak muridnya, apalagi tempah banyak-banyak quantum pendant, pasti result exam hujung tahun meletup, tak kiralah UPSR, PMR, SPM dan STPM.

    p/s-Lepas tu boleh jadi sekolah cemerlang dan sekolah cluster…he..he..

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes