Quantum Pendant Ada RADIOAKTIF Berbahaya? Biar Betul!
Salam semua,
Baru-baru ini dunia kegemilangan Fusionexcel digemparkan dengan satu artikel ringkas tentang tahap keradioaktifan yang merbahaya. Berdasarkan artikel terbabit 10 unit Quantum Pendant telah dirampas oleh Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong (C&ED) pada 16 Oktober 2009. Kemudian, Jabatan Kesihatan Hong Kong pula mengesahkan yang pemakaian Quantum Pendant boleh memberi kesan kepada kesihatan, dan menyebabkan kanser. Kononnya kandungan radioktif dalam Quantum Pendant mengandungi 20% melebihi daripada paras radioktif yang dibenarkan oleh International Commission on Radiological Protection.
Rentetan daripada rampasan dan pengumuman itu, pihak Fusionexcel telah memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dalam laman web Fusion Excel ( http://fusionexcel.com/bm/news_QP_consumeruse.html ) dan menegaskan bahawa Quantum Pendant SELAMAT digunakan. Analisis terhadap Quantum Pendant telah disahkan SELAMAT oleh ‘Shanghai Institute of Measuring and Testing Technology’ (SIMT) sebelum dipasarkan kepada pengguna.
“dipetik daripada blog iberwang.com.my”
Untuk laporan dan artikel penuh berbahasa melayu sila ke blog sahabat kami di iberwang.com.my
Popularity: unranked [?]
Related posts:
- Betul Ke Gelang Magnet Berbahaya?
- Isu Logo FusionExcel Pada Loket Quantum Pendant
- Keberkesanan Quantum Pendant Bukan Kerana Faktor Psikologi
- Sesuaikah Quantum Pendant Dengan Wanita Hamil?
- Pakej Perniagaan Terkini FusionExcel International
This entry was posted on Thursday, November 19th, 2009 at 2:29 pm, filed under Info Terkini, and is tagged as quantum pendant, quantum pendant murah, radioactive, radioaktif. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



November 19th, 2009 at 11:58 pm
mcm2 hal la..
berita mcm ni buat org yg pakai QP takut je..
bkn main2 boleh jadi kanser tue..
hrp pihak fusionexcel telus dlm hal ni jgn mengaut keuntungan semata2.
November 20th, 2009 at 7:35 am
Ya, betul tu Arieiza…
Berita seperti ini sudah semestinya akan menimbulkan banyak kontroversi…
Tapi menurut sumber yang saya baca, ianya kemungkinan besar adalah Quantum Pendant tiruan dan bukannya yang asli.
p/s-pada hari rabu saya cuba untuk masuk laman web ini tapi macam ada masalah, tidak dapat masuk, syukurlah dah dapat masuk balik, banyak info dan maklumat di laman web ini, harap admin dapat tambah lagi info-info berkaitan dengan Produk Quantum Science terutamanya Quantum Pendant.
p/s- Saya nak tanya lagi ni, kalau Quantum Pendant tu jatuh dan pecah, adakah ianya sudah ‘rosak’? dan hilang keupayaan untuk memancarkan tenaga scalar?
Terima Kasih…
November 20th, 2009 at 12:30 pm
salam Alessandro Rahman,
Pada hari rabu yang lepas saya terlupa untuk renew sewaaan hosting 1001cures. Jadi kena suspened seketika..
Jika QP tersebut jatuh atau pecah, QP tersebut tidak rosak sepenuhnya. Cuma keluasan permukaan untuk pancaran maksimum tenaga skalar akan jadi lebih kecil kerana sebiji quantum pendant sudah pecah atau terlerai menjadi lebih kecil. Namun untuk pemakaian adalah tidak berapa sesuai kerana pecahan-pecahan tersebut dibimbangi akan melukakan si pemakai. Jika tidak mahu ditukarkan dgn yang baru (warranty), saudara boleh kumpulkan serpihan itu dan letakkan kedalam sarung plastik kecil supaya boleh digunakan untuk mengecas air minuman atau mandian.
Untuk mengelakkan QP mudah pecah, saudara boleh menambahkan aksesori khas padanya seperti gambar di bawah.
P/S: Quantum Pendant milik saudara InsyaAllah akan sampai sedikit masa lagi. Masih dalam perjalanan. Oleh kerana saudara Alessandro Rahman adalah seorang pengkomen yang ‘informative’ di 1001Cures.biz, maka saya berbesar hati mengirimkan Unit Quantum Pendant yang istimewa dan limited. Nantikan..
November 20th, 2009 at 6:18 pm
Salam.
Oh, patutlah tak dapat masuk seketika ya, syukurlah dah dapat masuk balik.
Terima kasih atas maklumat tuan. Saya ingat sekiranya pecah ianya akan rosak, tapi rupanya tidak juga.
Saya nak tanya sikit mengenai :
” P/S: Quantum Pendant milik saudara InsyaAllah akan sampai sedikit masa lagi. Masih dalam perjalanan. Oleh kerana saudara Alessandro Rahman adalah seorang pengkomen yang ‘informative’ di 1001Cures.biz, maka saya berbesar hati mengirimkan Unit Quantum Pendant yang istimewa dan limited. Nantikan..
”
Adakah pihak tuan yang akan menghantar Quantum Pendant mewakili Master Syed Mansor? Sebab saya ada buat tempahan dengan Master Syed dengan harga promosi hebat dan tengah tunggu Quantum Pendant sekarang ni. Master Syed buat promosi hebat pada semua para master reiki yang pernah mendapat attunement dari beliau dan saya merupakan salah seorang dari murid beliau dan sehingga kini masih bertanya itu dan ini tentang reiki pada beliau, bila beliau buat promosi quantum pendant ni, saya memang terus putuskan nak tempah satu loket.
Terima Kasih.
November 20th, 2009 at 6:23 pm
Salam.
Aksesori seperti yang ditunjukkan itu berapa kosnya?
Adakah ianya diperbuat dari besi?
Terima kasih.
November 20th, 2009 at 8:47 pm
Salam Alessandro Rahman,
Ya, saya mengirimkannya atas permintaan master syed mansor. Aksesori tu diperbuat daripada stainless steel. Kalau tidak silap saya, harga dan termasuk upah pasang dalam RM 150 sahaja. Tetapi saya tidak menyediakan perkhidmatan memasang aksesori quantum pendant. Saudara boleh bertanya pada kedai2 aksesori hiasan yang berdekatan dgn saudara.
November 22nd, 2009 at 7:58 pm
Salam, Tuan.
Saya ada persoalan lagi yang ingin ditanya,
1- Saya pernah melihat video demo Quantum Pendant yang mengecas air dan kemudian menyapukan air yang sudah dicas itu ke tubuh(tangan) dan melakukan demo dengan membakar tangan(guna pemetik api) yang sudah disapu dengan air yang dicas itu dan keputusannya sangat mengejutkan apabila orang yang dibakar tangannya dengan pemetik api itu tidak merasa kesakitan dan kepanasan. Adakah ianya benar?
2- Bagaimanakah air yang dicas itu dapat berfungsi sebagai pelindung kepada bahagian tubuh tadi sehingga orang itu tidak merasa sakit?
Terima Kasih.
November 22nd, 2009 at 8:01 pm
3- Adakah air yang dicas boleh digunakan untuk merawat bahagian tubuh yang terbakar? Misalnya melecur terkena minyak atau api?
November 22nd, 2009 at 8:02 pm
3- Adakah air yang dicas boleh digunakan untuk merawat bahagian tubuh yang terbakar? Misalnya melecur terkena minyak atau api?
Terima kasih…
November 22nd, 2009 at 8:04 pm
Nampaknya pertanyaan saya terduplicate pula, maaf tuan, internet connection tak berapa baik disini menyebabkan masalah tersebut berlaku..
November 23rd, 2009 at 12:17 am
Salam Alessandro Rahman,
Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan yang baik di 1001cures.biz. Sebelum saya menjawab, sudah kah saudara terima Quantum Pendant yang saya hantar?
Jawapan untuk soalan pertama:
‘Saya pernah melihat video demo Quantum Pendant yang mengecas air dan kemudian menyapukan air yang sudah dicas itu ke tubuh(tangan) dan melakukan demo dengan membakar tangan(guna pemetik api) yang sudah disapu dengan air yang dicas itu dan keputusannya sangat mengejutkan apabila orang yang dibakar tangannya dengan pemetik api itu tidak merasa kesakitan dan kepanasan. Adakah ianya benar?’
Ianya BENAR. Tetapi jika dikatakan tidak merasa kesakitan atau kepanasan itu agak kurang tepat. Orang yang dilakukan demo tersebut tetap merasa bahang pada kawasan yang dilalukan dengan pemetik api itu tetapi tidak akan mengakibatkan kelecuran pada kulit. Ada juga pengedar yang cuba menggunakan tipu daya dengan melalukan pemetik api lebih hampir dengan permukaan kulit orang dilakukan demo tersebut demi membuktikan bahawa mereka tidak akan merasa panas atau kesakitan. Ini kerana nyalaan api pada bahagian permukaan pemetik api kurang panas berbanding api dengan nyalaan kuning di hujung pemetik api. Ini adalah satu penipuan terhadap pengguna. Berhati-hati dengan taktik kotor tersebut. Kesan daripada demo yang sebenar akan menyebabkan bulu roma akan terbakar dengan bau seperti rambut yang dibakar, sedikit rasa panas dan tiada kelecuran.
Jawapan utk soalan kedua:
‘Bagaimanakah air yang dicas itu dapat berfungsi sebagai pelindung kepada bahagian tubuh tadi sehingga orang itu tidak merasa sakit?’
Tubuh manusia merangkumi 70% air dan Quantum Pendant pula dengan fungsi lainnya bertindak meleraikan gumpalan-gumpalan molekul air yang akan memudahkan penyerapannya pada setiap sel-sel badan. Apabila nyalaan api dilalukan pada permukaan kulit orang tersebut, air yang telah dicas tadi dengan peleraian struktur gumpalan-gumpalan molekul akan dengan mudah menyerap masuk kedalam sel-sel kulit dan menambahkan kelembapan sel. Maka dengan itu, peratusan kelecuran pada bahagian yang disapukan dengan air dicas dengan Quantum Pendant menjadi lebih rendah dan mengurangkan kesakitan akibat rasa panas.
Jawapan utk soalan ketiga:
‘Adakah air yang dicas boleh digunakan untuk merawat bahagian tubuh yang terbakar? Misalnya melecur terkena minyak atau api?’
Boleh.
November 23rd, 2009 at 12:29 am
Salam, terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya.
Mengenai Quantum Pendant, saya belum lagi terima, kalau di sabah sekurang-kurangnya tiga hari dari tarikh pengeposan baru sampai, maaf kalau saya bertanya, bila tarikh tuan mengeposkannya?
Harap-harap Quantum Pendant akan tiba tidak lama lagi, mungkin esok atau lusa.
Terima kasih.
November 23rd, 2009 at 12:33 am
Ya, betul kata tuan, saya dapati demo tersebut memang mendekatkan pemetik api sehingga hampir mencecah kulit dan bukan nyalaan dihujung.
November 23rd, 2009 at 12:39 am
Saya telah poskannya pada hari jumaat menggunakan kurier Nationwide. InsyaAllah hari isnin saudara akan terima Quantum Pendant tersebut. Master syed hanya berikan saya alamat ke peti surat bukan ke alamat rumah saudara.
November 23rd, 2009 at 12:55 am
Terima Kasih.
Sebenarnya memang itulah alamat surat menyurat yang saya gunakan, sebab di sini hanyalah pekan kecil sahaja, belum ada perkhidmatan menghantar surat terus ke rumah.
Kami biasanya akan mengambil surat terus dari pejabat pos, ianya tidak jauh, berdekatan sahaja dengan kawasan perumahan tempat saya tinggal.
Pekan Tamparuli berada di laluan antara Bandaraya Kota Kinabalu dan Kundasang Ranau(Gunung Kinabalu).
Dari segi pembangunan dan infrastruktur, mungkin belum berapa maju, tetapi kemudahan memang ada. Tamparuli juga berdekatan dengan antara Jeram terkenal di Sabah iaitu Jeram Kiulu dan kini dijadikan tempat orang berkayak.(Kiulu Water Rafting)
Malah, jambatan tamparuli yang terdapat disini sering dikungjungi pelancong asing.
Tuan pernah dengar lagu Jambatan Tamparuli? Lagu tersebut sudah sampai ke China dan dinyanyikan secara meluas.
Nanti, apabila saya sudah terima Loket Quantum Pendant tu, saya maklumkan pada tuan.
p/s-maaf, macam promosi tempat pula..he..he..
November 23rd, 2009 at 1:03 am
November 23rd, 2009 at 1:11 am
Terima Kasih, saya baru add tuan..