Pentingnya Menjaga Kesihatan Tulang Belakang

Saya mendapat ilham untuk menulis artikel ini apabila mengenangkan kemalangan yang telah berlaku terhadap adik saya yang mengakibatkan kecederaan pada tulang belakang beliau. Memang azab melihat beliau yang terpaksa berbaring sahaja selama hampir 1 bulan dan tidak boleh membuat sebarang gerakan mengejut atau besar. Tahukah anda, bahawa tulang belakang merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Sebanyak 33 ruas susunan tulang yang membentuk tulang belakang. Selain berfungsi menyokong kestabilan badan, tulang belakang juga berfungsi sebagai ‘pemegang’ saraf tunjang. Tulang belakang boleh di ibaratkan sebagai tiang-tiang elektrik yang memegang kabel bervoltan tinggi.

Pernahkah anda mengalami kesakitan pada bahagian belakang? atau pada bahagian pinggang?.

Penyakit yang terkenal dengan kesakitan tulang belakang dikenali sebagai ’slip disc’. Slip disc adalah suatu keadaan di mana gegelang rawan yang memisahkan atau yang menjadi penyerap hentakan di antara ruas-ruas tulang belakang hilang fungsi keanjalannya. Gegelang rawan itu dalam bahasa perubatannya dikenali sebagai ‘annulus’. Kebiasaanya, kesakitan akibat slip disc ini berlaku pada bahagian atas pinggang dan juga di tengah-tengah tulang belakang. Di dalam gegelang rawan ini terdapat suatu bendalir yang dikenali sebagai ‘nucleus pulposus’ atau yang biasa disebut ‘air tulang belakang’. Apabila ruas-ruas tulang belakang menerima tekanan dan hentakan yang kuat secara berterusan, cecair pada bahagian dalam gegelang rawan akan mengalami tekanan ke arah luar dan menekan dinding gegelang rawan  sehingga menghasilkan kebengkakkan yang akhirnya menekan salah satu cabang urat sarat pada bahagian tulang belakang. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang amat sangat yang bukan sahaja berpunca daripada renyukkan urat saraf tetapi juga pergeselan antara dua ruas tulang belakang.

Berdasarkan gambarajah di atas, ruas tulang mengalami tekanan yang paling tinggi adalah ruas T12 dan ruas L1. Adik saya mendapat kecederaan pada bahagian ruas T12 akibat hentakan kuat semasa terjatuh tempoh hari. Hentakan tersebut menyebabkan ruas T12 remuk dan hampir menyebabkan beliau lumpuh seumur hidup kerana kesan remukan T12 yang sangat hampir pada saraf tunjang.

Slip disc amat berbahaya kerana boleh menyebabkan kelumpuhan. Antara punca-punca berlakunya slip disc adalah jatuh teduduk, hentakan kuat akibat  kemalangan, jangkitan kuman pada air tulang belakang, mengamalkan postur badan yang tidak betul dan lain-lain. Gejala-gejala slip disc pula adalah seperti sakit pinggang semasa membengkok ke hadapan, sakit kadangkala turun hingga ke betis atau belakang paha dan kekejangan otot belakang semasa duduk, berdiri dan aktiviti harian. Dari segi rawatan pula, doktor akan menilai tahap kegelinciran gegelang rawan (disc) seseorang pesakit sebelum membuat pembedahan. Ada juga masalah slip disc yang tidak memerlukan pembedahan contohnya dengan menggunakan suatu alat yang berfungsi meregangkan jarak antara ruas tulang belakang bagi membolehkan kegelinciran gegelang rawan untuk kembali kepada tempatnya. Slip disc juga boleh dirawat melalui satu senaman yang dikenali sebagai senaman camel’s.

Senaman Camel’s di lakukan dengan cara berlutut dan dan tangan diletakkan di atas lantai (seperti dalam gambar). Lakukan pergerakan dengan menggerakkan tulang belakang ke atas dan ke bawah (anak panah merah). Ulangi pergerakan ini sebanyak 30 kali pada waktu pagi dan petang. Pergerakkan harus dilakukan secara perlahan supaya tidak mendatangkan kesakitan dan menggalakkan gegelang rawan untuk kembali ke tempat asalnya.

Kepada anda yang masih belum mendapat gambaran tentang bagaimana slip disc boleh terjadi, sila tonton video yang saya jumpa di youtube di bawah ini. Selamat menonton dan selamat menjaga kesihatan tulang belakang.

P/S: Jika anda dapati artikel ini menarik..jangan lupa kongsikannya bersama-sama kawan anda di Facebook. Hanya klik button facebook kat sebelah jer.. :) Terima kasih.

Popularity: 9% [?]

Related posts:

  1. Bagaimana Mencari Info Di 1001Cures.biz?
  2. Bijak Cara Mudah?
  3. Khasiat Kangkung
  4. Quantum Pendant Merawat Gout
  5. Quantum pendant: Antara original dan tiruan

This entry was posted on Friday, February 5th, 2010 at 3:53 pm, filed under Petua Kesihatan, and is tagged as , , , , , , , , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Pentingnya Menjaga Kesihatan Tulang Belakang”

  1. Bagus info ni..memang ramai yang mengabaikan penjagaan tulang belakang. Padahal itulah menyokong kekuatan tubuh badan kita. Bila dah sakit..padan muka.

  2. fazilah mohamad Says:

    Saya nak tanya, bagaimana nak ubatkan sakit slip disc ni dengan quantum pendnt tu? Suami saya ada penyakit ni. Berpunca daripada kemalangan motosikal. Suami saya jth terduduk masa accident tu. Dah banyak rawatan yang dia buat. Duit pun dah habis banyak. Saya harap admin 1001cures dapat membantu.

  3. Salam puan fazilah mohamad,

    pertama skali terima kasih kerana berkunjung ke blog 1001cures.biz. Saya bersimpati dengan apa yang telah menimpa suami puan. Berkenaan soalan puan, penggunaan quantum pendant telah terbukti berkesan untuk masalah slip disc. Adik saya kini telah boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa malah tidak perlu melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan tulang belakangnya. Berkat penggunaan Quantum Pendant, quantum flask dan izin Allah beliau telah sihat seperti biasa. Tempoh penyembuhan total yang sepatutnya 6 bulan hanya mengambil masa 1 bulan setengah sahaja.

    Untuk suami puan, saya sarankan pakai quantum pendant dan perbanyakkan meminum air yang telah dicas samada dicas oleh Quantum Pendant ataupun Quantum Flask. Pada waktu suami puan hendak tidur, letakkan 2-3 biji Quantum Pendant dibawah tempat yang berasa sakit (saya sarankan 2-3 biji quantum pendant supaya penyembuhan berlaku dgn lebih cepat).

    Apa yang penting, semasa tempoh rawatan jangan lupa makan makanan yang berkhasiat lebih2 lagi supplement dalam bentuk kalsium dan juga protein.

    Semoga rawatan menggunakan Quantum Pendant dapat membantu penyembuhan suami puan.

  4. fazilah mohamad Says:

    Terima kasih banyak-banyak. Tapi sebiji loket tu terlalu mahal untuk saya. Saya cek promosi yang RM 200 tu pun dah habis. Tidak ada promosi baru ke?

  5. Jika puan betul2 berminat, puan boleh terus hubungi saya di 013-3653703. Saya boleh pertimbangkan tentang harga. InsyaAllah tidak akan membebankan puan.

  6. Dayang Nurlela Says:

    Saya dari Brunei. Bolehkah saya beli loket ini daripada encik 1001cures? kadar posnya berapa?

  7. Salam dayang nurlela,

    Terima kasih kerana berminat untuk membeli Quantum Pendant daripada 1001Cures. Untuk pembelian (jika ingin membeli menggunakan kad kredit), dayang boleh terus ke laman produk dan klik gambar quantum pendant. Di situ ada button untuk pembayaran dengan kad kredit. Jika dayang tidak mempunyai kad kredit, dayang juga boleh membuat bayaran menerusi Telegraph Transfer (TT) drpd bank milik dayang. Jika terdapat cawangan Maybank terdekat dengan kediaman Dayang. Dayang boleh terus membuat bayaran di Maybank cawangan brunei.

    Di Brunei, terdapat cawangan Maybank di:

    1.)
    Maybank Negara Brunei Darussalam
    Bandar Seri Begawan
    1 Jalan McArthur
    Bandar Seri Begawan
    BS8711

    P.O Box 167
    Bandar Seri Begawan BS8670
    Negara Brunei Darussalam

    2.)
    Seria Service Centre
    8 Jalan Sultan Omar Ali
    Seria 7087
    P.O Box 524
    Seria 7005
    Negara Brunei Darussalam

    3.)
    Gadong Service Centre
    Unit 1 & 2, Tingkat Bawah
    Bangunan Halimatul Saadiah
    Jalan Gadong
    Bandar Seri Begawan
    Negara Brunei Darussalam

    Dayang boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank di Brunei dan boleh buat bayaran di kaunter bank kepada akaun maybank milik saya.

    158118059724 – Mohd Nazri Bin Mohamad Nor

    Setelah berjaya membuat bayaran, dayang dikehendaki mengisi borang pembayaran pada link ini. Sila pilih ‘Quantum Pendant Tanpa Promosi’ pada bahagian produk.

    http://1001cures.biz/borang-bayaran/

    Kos Pos Adalah Percuma Untuk Pembelian Quantum Pendant Dengan Harga RM 595!

  8. Assalamualaikum..nama saya hasbullah. Saya salah seorang pengidap penyakit slip disc. Saya dapat tahu saya mengidap penyakit ni selepas saya tiba-tiba jatuh semasa berjalan kaki di pasar malam. Isteri bawa saya ke klinik dan doktor sahkan saya mengidap slip disc tahap kritikal.

    Daripada penerengan doktor, rupa-rupanya penyakit saya ni berpunca daripada kemalangan motosikal yang saya alami 5 tahun lepas. Dalam kemalangan itu, saya terjatuh dalam keadaan terduduk. Disebabkan tubuh saya agak berisi, jadi saya tidak merasakan apa-apa kesakitan pada mulanya. Cuma ada sakit pinggang sikit-sikit dan datang sekali sekala.

    Memang seksa sangat jika rasa sakit datang. Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya tulang belakang saya waktu tu. Saya tidak boleh duduk dan berdiri terlalu lama. Malah adakalanya berbaring pun saya tetap rasakan kesakitan. Saya telah mengambil bermacam-macam ubat dan rawatan termasuklah rawatan meregangkan tulang belakang. Namun, ianya masih belum berhasil. Bagi rawatan regangan tulang belakang, ianya hanya meredakan kesakitan selama seminggu sahaja. Lepas itu, saya rasa sakit seperti biasa. Kos rawatan pula tinggi dan saya tidak mampu. Syukurlah kerana saya ada isteri yang sangat memahami.

    Akibat penyakit ini, saya terpaksa berhenti kerja kerana saya sentiasa rebah di tempat kerja. Duit pampasan pemberhentian telah hampir habis saya gunakan untuk tujuan rawatan. Memang azab mengidap penyakit ni. Saya bersyukur, kerana terjumpa blog 1001cures yang mengenengahkan ulasan tentang penyakit seperti ini.

    Nasihat saya pada pembaca lain, jagalah tulang belakang anda sebaik mungkin. Rosaknya tulang belakang akan menghalang anda untuk melakukan banyak perkara. Memang penyakit ini bukan penyakit no 1 di negara kita. Tetapi, sama-samalah kita menjaga kesihatan.

    Kepada admin, saya teringin untuk mencuba rawatan menggunakan loket quantum tetapi harga nya terlalu mahal pada saya. Saya percaya, untuk tahap penyakit seperti saya ini sudah tentu memerlukan lebih banyak loket tersebut. Saya berharap tuan admin dapat memberikan saya harga yang lebih berpatutan kerana saya yakin dengan bantuan loket lahar gunung berapi tersebut saya akan sembuh. Jika tidak sembuh sekalipun cukuplah bagi saya boleh berdiri lama dan berasa kuat untuk melakukan kerja.

    Terima kasih.

  9. Salam en. Hasbullah,

    Terima kasih kerana singgah dan berkongsi pengalaman di 1001Cures.biz. Moga-moga orang lain dapat mengambil iktibar drpd penderitaan en.hasbullah. Saya tersentuh apabila membaca luahan hati en.hasbullah.

    Berkenaan dengan harga, itu boleh dirunding. Sila buat miss call atau hantar sms pada no telefon bimbit sy dan saya akan hubungi semula en.hasbullah.

    Terima kasih.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes