Pengalaman Reiki
Salam buat semua pengunjung setia 1001cures.biz
Pada post kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman menggunakan Reiki.
Salah satu pengalaman menarik adalah bagaimana saya menggunakan Reiki untuk teknik kawal mimpi. Ceritanya begini :
Saya ketika itu baru belajar secara bertahap bagaimana hendak mengawal mimpi dari seorang instructor lucid dream iaitu teknik mengawal mimpi, ketika itu hanya pada tahap pertama iaitu bagaimana untuk mendapat mimpi yang diinginkan dan bagaimana hendak memastikan yang ketika itu adalah dalam wilayah mimpi serta latihan-latihan khusus untuk mendapatkan mimpi yang diingini dan belum lagi bagaimana tahap mengawal mimpi tahap lanjutan dimana kita mampu untuk mendapat mimpi yang kita ingini dan mencipta satu suasana atau ‘dunia’ yang kita ingini di alam mimpi.
Dengan Reiki, saya hanya perlu mempelajari satu peringkat kawal mimpi sahaja dan sudah pun mampu untuk mengawal mimpi, mendapat mimpi apa yang diingini dan mencipta apa yang mustahil di alam nyata seperti terbang, bertukar menjadi apa sahaja dan paling best mempelajari benda baru.
Jenis mimpi sebenarnya adalah bergantung kepada tahapan minda seseorang itu ketika dia sedang mula tidur, rasa mengantuk yang amat sangat kadang-kadang akan terus membawa kita tertidur mati tanpa rasa dan tanpa mimpi, alam mimpi merupakan satu keindahan kerana ketenangan alam ini tidak terganggu oleh kebisingan alam nyata.
Terdapat beberapa teknik atau kaedah bagaimana untuk mengenal pasti kita berada di alam mimpi iaitu dengan melihat jam, biasanya waktu tidak konsisten, walaupun begitu, pernah ada ketikanya mimpi itu menjadi sangat luar biasa iaitu daya rasa, daya lihat dan daya kesan hampir sama dengan dunia nyata iaitu masa tetap teratur, boleh merasai sakit akibat dicubit, berjalan dengan betul, menyentuh, daya bau dan merasai makanan. Namun, rasa penat yang kita rasai boleh hilang tiba-tiba, yelah alam mimpi mana nak penat kan?
Tahap begini amat jarang sekali untuk diperolehi kecuali dengan keinginan dan latihan yang konsisten. Masa tidur kita yang lebih kurang 6-8 jam sehari harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Ilmu alam mimpi dengan reiki adalah salah satu antara pengalaman menarik saya dengan reiki dan kuasa minda.
P/S- Kalau ada yang rasa-rasa nak belajar ilmu kawal mimpi ni, bolehlah search di google dan yahoo untuk lucid dream teknik.
P/S/S- Harap maaf, cara dan teknik secara lebih detail bagaimana menggunakan reiki untuk kawal mimpi saya tak dapat dedahkan buat masa ini. Ianya rahsia diri yang harus di simpan, pelajari dulu dari yang haq dan anda akan dapat merasainya sendiri. Salam Ceria..
Popularity: 7% [?]
Related posts:
- Hebatkah Seorang Pengamal Reiki?
- Quantum Pendant Adalah Mini REIKI
- Sejarah Reiki
- Ada Apa Dengan REIKI..AADR..
- Reiki Dan Kaitanya Dengan Quantum Pendant
This entry was posted on Wednesday, January 6th, 2010 at 7:31 pm, filed under Reiki, and is tagged as belajar reiki, kawal mimpi, quantum pendant mini reiki, Reiki, teknik reiki. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



January 6th, 2010 at 7:35 pm
Salah satu teknik hebat reiki yang digunakan dalam kaedah diatas adalah teknik copy paste, dan beberapa teknik alam mimpi iaitu teknik cantuman, teknik penciptaan, teknik pause (menghentikan masa)-untuk kita berhenti seketika dan sambung esok hari atau bila-bila masa yang diingini dan banyak lagi..he..he…alam mimpi adalah sama seperti dunia kartun iaitu tiada apa yang mustahil, selagi imaginasi anda mampu hasilkannya, anda mampu untuk merealisasikannya, tapi jangan buat benda yang tak sepatutnya, he..he..
January 6th, 2010 at 8:00 pm
Alessandro..sy letak gmbar tu yer? kat featured post..ok tak?
January 6th, 2010 at 8:01 pm
Ok tuan, no problem, saya pun tak tahu nak letak gambar apa..
January 7th, 2010 at 1:07 am
Hebat teknik kawalan mimpi yang alessandro kongsikan. Mesti ramai yg nak bermimpi nanti…hehehe..
Semasa sy mula2 mengamalkan reiki lebih kurg 12 tahun yg lalu..ehemm..ehemm nk kongsi gak pengalaman ni
.. Tulang belakang sy kerap kali terasa panas..tapak tangan juga begitu. Masa tu, belom tahu lagi itu adalah reiki..sebab di ajar dgn istilah tenaga Allah. Reiki ni hanya istilah dlm bahasa jepun.
Setelah bertahun2 praktis secara rahsia dan diam2..akhirnya reiki telah sebati dgn badan sy. Tp yg paling sy gemar adalah reiki sufi..yg sy sifatkan lebih islamik dan alat yg baik utk berinteraksi dgn Yang Maha Esa.
P/S: Nasihat sy kpd pengamal reiki..apa sahaja aliran reiki..JGN SESEKALI BERASA RIAK DGN ILMU SEKELUMIT YANG ANDA MILIKI. Sy dh jupe rmai pgamal reiki yg menyeleweng dan juga tidak kurang yg memperlekehkan ilmu Allah ini.
January 8th, 2010 at 10:56 pm
PENGUMUMAN!
PEMENANG LELONGAN QUANTUM FLASK 5 – 8 JANURAI 2010.
Saudari Rinda telah memenangi lelongan 1 unit Quantum Flask dengan bidaan tertinggi berjumlah RM 105.00. Tahniah!.
Screen shot senarai pembida:
January 15th, 2010 at 12:37 pm
LELONGAN QUANTUM FLASK hanya RM105. Kalau mcm tu, harag2 bg produk quantum ni murah je lah ye? tp… kenapa org jual mahal. sy beli direct dgn FE pun mahal jg…RM630/ pc. blh saudara jawab tak kenapa harga yg saudara lelong sgt, sgt, sgt….la murah. betul ke yg saudara lelong ni yg original… sbb sekarang ni ramai sgt yg tiru produk FE. Tk.
January 15th, 2010 at 2:27 pm
Salam cempaka malam,
Saya dapat jual dgn harga yg lebih murah sebab sy dpt byk quantum pendant dan quantum flask percuma semasa membuat belian yg byk di HQ FusionExcel. Jadi dari situ, sy berpeluang menawarkan harga yg jauh lebih rendah drpd biasa. Saya hanya melelong Quantum Pendant dan Quantum Flask yang original sahaja.
Tujuan sy melelong dgn harga yg lebih rendah kerana sy tahu ramai yg mahukan produk ini di luar sana. Tetapi, tidak semua yg mampu..Saya bersimpati kepada orang yang kurang mampu dan pada masa yg sama juga berhadapan dgn masalah kesihatan.
Kini, bilangan Quantum Pendant dan Quantum Flask yg sy dpt lelong sudah tidak banyak lg.
Terima kasih.