Pemikiran dan Niat Hati Adalah ‘ENERGY’

Mesti pembaca sekalian tertanya-tanya, bagaimana pulak pemikiran dan niat boleh jadi tenaga (energy)?. Dalam post saya yang terdahulu..saya mengulas tentang kejadian fizikal manusia yang secara tidak nampaknya (intangible) adalah bercahaya. Saya dedahkan dari asas kejadian manusia iaitu atom.

Kali ini saya ingin mengutarakan tentang bagaimana pemikiran dan niat adalah juga sejenis tenaga. Bukan tenaga elektrik tetapi sejenis tenaga kurniaan Illahi.

tenaga pemikiranSebenarnya, apa yang kita fikirkan adalah tenaga. Positif atau negatif adalah bergantung kepada apa yang anda fikirkan. Tenaga tersebut dipancarkan ke alam sekeliling tanpa anda sedari. Gelombang tenaga pemikiran inilah yang mempengaruhi cara hidup kita sehari-hari. Sedarkah anda, apa yang anda dapat hari ini adalah hasil apa yang pernah anda fikirkan dahulu. Tak kira lah kereta ke..kekayaan ke..kesihatan ke..ianya wujud daripada apa yang anda pernah fikirkan dengan bantuan dan izin Allah.

Tenaga yang terhasil daripada pemikiran dan niat anda boleh dihantar ke mana-mana dan kepada sesiapa sahaja yang anda mahu secara sedar mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila anda berfikiran negatif tentang seseorang dan menyebarkan umpatan terhadap si dia. Orang yang diumpat dan dihantar fikiran (persepsi) negatif akan menerima tenaga tersebut dan terdedah kepada masalah kesihatan dan gangguan emosi.

Satu lagi contoh yang ingin saya kemukakan adalah konsep niat di dalam sembahyang. Bagaimana Allah tahu apa yang kita niatkan?..sememangnya Allah maha mengetahui..tapi niat tersebut dihantar kepada Allah melalui tenaga yang sentiasa berhubungan dengan Nya.

Maka untuk apa sahaja yang bakal anda fikirkan atau niatkan..sentiasa utamakan yang positif terlebih dahulu dan elakkan yang negatif.

Popularity: 47% [?]

Related posts:

  1. Kita Adalah Makhluk Yang Bercahaya!
  2. Solat adalah meditasi hebat – bahagian 1
  3. Quantum Pendant Adalah Mini REIKI
  4. Solat adalah meditasi hebat – bahagian 2
  5. Ada Apa Dengan REIKI..AADR..

This entry was posted on Tuesday, May 26th, 2009 at 12:10 pm, filed under Reiki, Umum, and is tagged as , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Pemikiran dan Niat Hati Adalah ‘ENERGY’”

  1. reiki ni boleh dipelajari ke?
    bolek tak post lain2 artikel mengenai reiki krn saya sgt berminat.

  2. boleh..nak belajar pun boleh. saya pun seorang master dalam reiki. Saya tidak terlalu menonjolkan sgt ilmu tentang reiki..bimbang orang ramai salah faham.

  3. Jutaan terima kasih kepada master syed mansor yang telah berkongsikan ilmunya kepada kami..semoga Allah merahmati beliau sekeluarga di dunia dan akhirat.

  4. Alessandro Rahman Says:

    Salam Arsyad.

    Reiki memang boleh dipelajari. Sekiranya anda berminat, anda boleh mempelajarinya dari master Reiki yang berkelayakan dan dipercayai. Anda bolehlah cuba melayari nur-reiki(dot)com. Master Syed Mansor merupakan seorang master Reiki yang hebat dan berkebolehan.

    Malah, saya pun belajar Reiki dari beliau. Saya mempelajari Kundalini Reiki Tahap Master dan banyak manfaatnya Reiki ni. Nak explain satu-satu pasal keistimewaan, banyak sangat. Kalau ada niat nak belajar, lawatilah laman web Master Syed.

    Rasanya ada ebook percuma berkaitan Reiki, lebih kurang macam panduan reiki percuma yang disediakan di laman web Master Syed Mansor, kalau Arsyad ada kelapangan, boleh download dan dapat juga terokai serba sedikit mengenai Reiki ni.

    Bagi saya, “Pemikiran dan Niat Hati adalah Energy” adalah sesuatu yang benar dan ini mengingatkan saya mengenai salah satu bab dalam Law Of Attraction berkenaan dengan Kuasa Pemikiran dan juga Saranan Minda Positif. Sememangnya Kuasa Pemikiran dan Visualisasi ini sesuatu yang sangat penting dalam menjana tenaga minda yang sihat dan proaktif.

    Malah, dalam Reiki pun penyaluran energi juga adalah menggunakan niat sahaja.

    So, pada saya membersihkan diri harus bermula dari pemikiran dan niat baru energy lancar.

    Thanks… :-D

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes