Obesiti Berpunca Daripada Kehilangan DNA

Sambil-sambil belek akhbar tabloid KOSMO! saya terjumpa artikel dan fakta terbaru mengenai obesiti atau kegemukkan. Untuk makluman pembaca, tenaga skalar yang terjana daripada Quantum Pendant berkeupayaan membaiki kerosakkan struktur DNA manusia dan haiwan. Tenaga skalar bertindak merawat sehingga ke asas binaan sel dan DNA iaitu atom. Teruskan membaca artikel di bawah.

obesiti kerana DNA rosak

KOSMO!, 25 DISEMBER 2009 – SATU penyelidikan di Britain baru-baru ini mendedahkan masalah obesiti yang serius di kalangan sesetengah kanak-kanak mungkin berpunca daripada kekurangan ketulan asid deoksiribonukleik (DNA) tertentu. Kekurangan itu menyebabkan rasa lapar yang tidak terkawal.

Para penyelidik di negara itu telah memeriksa DNA di kalangan 300 kanak-kanak yang menjadi sangat gemuk dengan berat 100 kilogram (kg) menjelang usia mereka 10 tahun.

Dalam kajian tersebut, mereka cuba membuang atau menambah bahagian-bahagian tertentu dalam DNA. Bukti menunjukkan beberapa bahagian yang dibuang atau hilang boleh mengakibatkan masalah obesiti. Ini termasuk sejenis ketulan di dalam DNA yang ditemui kurang satu peratus dalam kalangan 1,200 kanak-kanak yang mengalami obesiti.

Hasil kajian mendapati pembuangan atau kehilangan kromosom 16 telah memberi masalah kerana ia menyingkirkan sejenis gen yang diperlukan otak.

“Otak memerlukan gen tersebut untuk memberi tindak balas terhadap hormon yang mengawal selera makan iaitu leptin,” kata Dr. Sadaf Farooqi dari Universiti Cambridge.

Beliau yang merupakan pembantu penyelidik dalam kajian tersebut berkata, kanak-kanak yang mana DNA pada kromosom 16 telah dibuang atau hilang lebih cenderung untuk makan berlebihan.

“Mereka akan berasa sangat lapar dan sentiasa mahu makan,” katanya.

Laporan yang disiarkan dalam jurnal Nature itu bagaimanapun berjaya memberi ‘pulangan’. Empat kanak-kanak yang mengalami masalah pada kromosom 16 telah menarik perhatian pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak di Britian.

Pihak berkuasa kebajikan negara itu menyalahkan ibu bapa kerana terlebih memberi makan kepada anak-anak.

Farooqi memberitahu biarpun hasil penemuan itu sesuatu yang di luar jangkaan pihaknya, namun ia adalah hasil kajian yang sangat penting.

Meskipun sebelum ini para saintis berjaya membuktikan bahawa kerosakan pada gen tertentu boleh menyebabkan obesiti, namun kajian terbaru itu tertumpu kepada aspek lain. Kajian kali ini lebih tertumpu kepada ketulan-ketulan DNA yang lebih besar dan merentangi beberapa gen. Pembuangan atau kehilangan pada kromosom 16 itu melibatkan sembilan gen.

Sementara itu, seorang pakar obesiti, Eric Ravussin dari Pusat Penyelidikan Bio Perubatan Pennington di Baton Rouge, Louisiana berkata, kajian tersebut merupakan ‘lubuk emas segala maklumat.’

“Ini kerana ia mengenal pasti bahagian-bahagian kromosom tertentu yang boleh diterokai untuk mencari gen berkaitan obesiti,” katanya. – AP

Artikel dipetik daripada KOSMO!.

P/S : Fikir-fikirkan lah..

Popularity: 2% [?]

Related posts:

  1. Imej Aura Quantum Pendant
  2. Quantum Pendant Telah Terbukti Menyembuhkan Strok!

This entry was posted on Friday, December 25th, 2009 at 1:37 am, filed under Info Terkini, and is tagged as , , , , , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes