Mengenali Stress

Salam ceria buat semua.

Pada post kali ini saya akan memperkatakan serba sedikit mengenai stress. Okaylah, mari kita lihat lebih lanjut.

Apa itu stress?

Stress merupakan satu keadaan dimana minda ataupun biasa disebut tekanan psikologi berlaku ke atas manusia. Psikologi merupakan bidang secara akademik yang menghimpunkan pengetahuan berkenaan tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi. Stress berpunca dari adanya masalah. Sekiranya kita tidak ada masalah, maka stress tidak akan berlaku. Saya pasti anda pernah mengalami masalah stress.

Kebaikan Stress.

Sering kali kita menganggapi stress itu hanya membawa keburukan, tetapi sebenarnya stress juga membawa kebaikan. Stress kecil seperti stress kerana risau atau takut menghadapi peperiksaan akan membuatkan pelajar lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menggunakan waktu dengan baik tetapi sekiranya pelajar tersebut relax dan enjoy, kemudian malam sebelum peperiksaan baru nak ‘rush on’ ulangkaji, kemungkinan boleh jadi stress tahap berat pula.

Keburukan Stress.

Migrain merupakan antara salah satu impak negatif akibat stress, selain itu nafsu makan, berat badan juga akan mengalami penurunan atau naik secara mendadak.

Stress dan Peringkat Umur.

Stress tidak hanya berlaku pada golongan ataupun peringkat umur tertentu, stress boleh berlaku dalam segenap peringkat umur. Namun, stress paling banyak berlaku di kalangan remaja berusia 13 sehingga 23 tahun.

Akibat stress.

Gangguan fizikal dan mental boleh berlaku akibat tahapan stress yang teruk dan tidak dikawal. Stress boleh menyebabkan :

1-Hilang keupayaan mengawal tahap emosi-sentiasa marah.

2-Gangguan Jiwa.

3-Halusinasi merbahaya.(dimana individu yang berhadapan stress berat dapat merasakan ada orang yang ingin memukulnya dan sebagai tindak balas dia akan mengamuk tanpa sebab)

4-Personaliti berubah.(exchange behaviour)

Bagaimana Menghadapi Stress.

Stress dapat dikurangkan melalui pelbagai cara iaitu :

1-Berfikiran secara positif.

2-Menyelesaikan masalah dengan teratur dan satu persatu.

3-Meminta nasihat teman, keluarga.

4-Meminta kaunseling dari kaunselor.

*Ini adalah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan bersama pengunjung setia 1001cures ini.

*Bercakap tentang stress sangat rumit kerana ianya berkaitan dengan permasalahan secara menyeluruh.

*Bila kita mempelajari stress lebih dalam lagi, kita akan tahu sedikit sebanyak tentang apa itu stress dan sebagainya.

Popularity: 5% [?]

Related posts:

  1. Bahaya Mee Segera?
  2. Pengalaman Reiki
  3. Pemikiran dan Niat Hati Adalah ‘ENERGY’
  4. Hilangkan Senggugut Dengan Quantum Pendant
  5. Bijak Cara Mudah?

This entry was posted on Monday, February 1st, 2010 at 5:29 pm, filed under Umum, and is tagged as , , , , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Mengenali Stress”

  1. Satu cara yang amat mudah dan berkesan jika anda mengalami stress..ambil wudhuk, kemudian lakukan solat sunat wdhuk 2 rakaat. Dengan syarat solat tersebut dibuat dengan penuh khusyuk. InsyaAllah, stress akan reda dan anda akan kembali bertenaga.

    Quantum Pendant dengan tenaga skalar juga mampu untuk meredakan stress yang dialami oleh seseorang. Hanya dengan memakai Quantum Pendant, energi yang terjana akan menyeimbangkan tenaga negatif (stress) yang berada disekeliling tubuh seseorang.

    http://1001cures.biz/imej-aura-quantum-pendant/

  2. Sometime stress pun perlu dalam kehidupan..kalau tak ada stress memang tak kan buat kerja,assigment lecturer bagi :-p

  3. Betul tu enkha..biasanya kerja yang kita buat dalam keadaan stress yg terkawal kadang-kadang akan memberikan hasil yang baik.

  4. Stress pun perlu juga untuk motivasi diri. Sekadar ingin bertanya..promosi RM 200 Quantum Pendant dah takde ke? Bila pulak promosi baru ? Berapa harga? :lol:

  5. salam en. anuar,

    Untuk pengetahuan en.anuar, promosi Quantum Pendant RM 200 telah pun tamat. Promosi baru, insyaAllah saya akan umumkan tidak lama lagi. Harga pula mungkin sekitar RM 250 hingga RM 300 sahaja.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes