Kunci penyembuhan Quantum Pendant
salam ceria,
Alhamdulillah, penggunaan Quantum Pendant sebagai medium rawatan alternatif dan juga dalam bidang sukan kini semakin meningkat. Saya percaya suatu hari nanti, Quantum Pendant akan menjadi satu pelengkap perubatan konvensional di hospital-hospital tempatan. Kepada yang masih belum faham tentang konsep rawatan menggunakan Quantum Pendant, ianya mudah sahaja iaitu Merawat dengan membekalkan tenaga yang secukupnya kepada badan.
Kunci penyembuhan penyakit dengan menggunakan Quantum Pendant adalah terletak pada pesakit itu sendiri. Quantum Pendant yang menjana tenaga skalar secara semulajadi hanya bertindak menyalurkan tenaga yang optimum kepada badan pesakit. Tenaga yang menyerap masuk kemudiannya meleraikan gumpalan-gumpalan sel-sel darah merah serta gumpalan molekul air. Seterusnya, melancarkan pengaliran darah. Sudah pasti semua sedia maklum, darah adalah agen pengangkutan paling utama dalam sistem badan manusia. Nutrien, hormon, antibodi, air, oksigen, karbon dioksida, bahan buangan dan sebagainya diangkut oleh darah. Apabila sistem aliran darah lebih lancar, keperluan-keperluan penting untuk sel-sel lebih cepat sampai dan menggalakkan penyembuhan. Sebagai contoh, apabila anda mengalami luka pada kulit mungkin terkena pisau atau sebagainya. Penyembuhan normal tanpa menggunakan Quantum Pendant akan mengambil masa 3-5 hari. Sebaliknya, kadar penyembuhan dengan menggunakan Quantum Pendant akan lebih cepat kerana sistem tubuh membaiki kerosakkan pada bahagian tubuh yang rosak dengan lebih pantas berbanding biasa.
Selain melancarkan aliran darah, tenaga yang terjana oleh Quantum Pendant juga diserap secara langsung oleh sel-sel yang menjadi binaan asas tubuh manusia. Tahukah anda setiap saat sel-sel anda mati dan diganti dengan sel-sel yang baru. Kitaran tukar ganti sel ini akan berlangsung selagi anda bernyawa. Sudah pasti, proses ini memerlukan tenaga yang optimum samada dibekalkan oleh tubuh itu sendiri ataupun daripada unsur luaran seperti Quantum Pendant. Di dalam struktur sel, satu bahagian yang dikenali sebagai Mitokondria adalah berfungsi sebagai penjana tenaga dalaman (built in battery) untuk sel tersebut. Bahagian inilah yang berfungsi menukarkan zat-zat makanan menjadi tenaga untuk dibekalkan kepada sel. bahagian ini juga menyerap secara langsung tenaga-tenaga luaran seperti tenaga skalar yang dijana oleh Quantum Pendant.
Jika anda atau saudara-mara anda mempunyai masalah-masalah berkaitan kesihatan dan mengalami jalan buntu dengan perubatan konvensional , anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kami di 1001Cures. Terima kasih.
Popularity: unranked [?]
Related posts:
- Reiki Dan Kaitanya Dengan Quantum Pendant
- Dongeng-dongeng Berkaitan Quantum Pendant.
- Quantum Pendant Amat Sesuai Untuk Ahli Fisioterapi
- Keberkesanan Quantum Pendant Bukan Kerana Faktor Psikologi
- Quantum Pendant Memecahkan Gumpalan Molekul Air
This entry was posted on Thursday, September 10th, 2009 at 11:24 am, filed under Info Terkini, and is tagged as aliran darah, fusionexcel, kunci, melancarkan, mitokondria, penyembuhan, quantum pendant, sel, tenaga skalar. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



September 10th, 2009 at 11:41 pm
OOO..baru aku paham..
September 11th, 2009 at 9:48 am
Saya bagi 10 bintang kat akupakaipendant sebab dah faham..
September 12th, 2009 at 9:37 pm
Bagi yang belum mencuba atau skeptikal, memang sukar mempercayai, kecuali selepas mengalami dan mecuba Quantum Pendant. Bukan magik, tetapi perubatan alternatif. Great article!
September 13th, 2009 at 5:56 pm
Terima kasih iberwang..artikel2 motivasi di blog iberwang juga tidak kurang hebatnya..teruskan usaha murni berkongsi ilmu sesama manusia.
October 12th, 2009 at 11:16 am
salam,
nak tanya..boleh x quantum pendant ni digunakan sekali bersama-sama dengan produk kesihatan yang lain, contohnya jus mengkudu atau supplement?
October 12th, 2009 at 12:24 pm
salam kembali,
Boleh.. kesan penyembuhan akan menjadi lebih cepat. Cuba lah..
November 20th, 2009 at 8:26 pm
Nampaknya tenaga scalar yang dipancarkan ini bertindak sebagai energi penyeimbang di dalam tubuh badan manusia, sama dengan konsep Reiki ni…
Harap-harap hospital-hospital kerajaan dan swasta akan menggunakan produk-produk quantum science ni tidak lama lagi..
November 20th, 2009 at 8:52 pm
Di negara-negara barat, perubatan menggunakan ‘energy’ telah menjadi pelengkap kepada perubatan kaedah moden seperti pembedahan dan sebagainya. Cuma di Malaysia, pakar2 perubatan kita belum peka tentang kelebihan perubatan menggunakan ‘energy’.