Khasiat Kangkung
Tentu anda pernah menonton cerita kartun kanak-kanak, Popeye bukan? Makanan kegemarannya adalah sayur kangkung (spinach) dan setelah memakannya, Popeye akan menjadi kuat dan mampu mengalahkan musuhnya.
Kangkung selain dijadikan sayur dan salah satu menu masakan harian juga mempunyai banyak khasiat semulajadi. Antaranya :
1-Kangkung Mampu menawarkan keracunan makanan.
Kangkung dapat untuk meneutralkan racun yang diakibatkan oleh makanan seperti kes-kes makanan yang basi. Caranya cukup mudah, kangkung harus dibersihkan terlebih dahulu dan kemudian dipotong kecil untuk dikisar. Minum air kisaran kangkung tadi dengan perlahan-lahan sebanyak segelas ataupun dua gelas mengikut keperluan. Amalan ini sangat berguna terutamanya untuk kes keracunan makanan yang berlaku jauh dari kawasan klinik atau hospital.
2-Kangkung juga berfungsi sebagai tumbuhan yang mampu untuk mengelakkan keradangan, menghentikan pendarahan, berguna untuk dijadikan sebagai sedatif semulajadi dan untuk pengurangan stress.
Caranya juga amat mudah, sayur kangkung dapat dimakan mentah untuk dijadikan ulam ataupun dimasak dan dimakan sebagai hidangan harian.

3-Untuk mengurangi haid.
Daun kangkung dicuci dengan bersih dan ditumbuk halus, kemudian dituangkan sedikit air dan disaring. Air kangkung itu kemudian dicampur sedikit madu dan diminum sekali sehari. Sebaik-baiknya diminum selepas disediakan.
4-Untuk mengurangi bisa digigit lipan.
Caranya, ambil daun kangkung sahaja, kemudian diletakkan garam dan digiling sehingga halus, dibalutkan atau ditempelkan pada tubuh badan yang digigit lipan.
p/s-Anda mahu lagi power? Caskan sahaja kangkung dengan Quantum Pendant atau Sport Flask.
Selamat Mencuba.Salam Ceria.
Popularity: unranked [?]
Related posts:
- Khasiat Bawang
- Risiko EMF Kepada Manusia
- Hebatkah Seorang Pengamal Reiki?
- Bijak Cara Mudah?
- Pentingnya Menjaga Kesihatan Tulang Belakang
This entry was posted on Friday, December 4th, 2009 at 2:47 pm, filed under Petua Kesihatan, and is tagged as 1001cures, herba, kangkung, khasiat kangkung, Petua Kesihatan, quantum pendant murah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



December 4th, 2009 at 5:41 pm
salam alessandro,
Saya baru terperasan yang beberapa artikel sebelum ini tidak ada (hilang). Saya pun pelik kenapa jadi begitu. Selepas bersoal jawab dengan penyedia hosting, rupa2nya hosting 1001cures mengalami masalah kerosakkan ‘hard disk’ tempat data 1001cures disimpan. Cuma tinggal artikel yang sempat di ‘backup’ sahaja.
Saya mintak maaf alessandro kerana artikel2 alessandro telah hilang. Nampak gayanya 1001cures perlu tukar hosting lagi.
December 4th, 2009 at 7:21 pm
Salam Tuan.
Begitu rupanya, sebab itu beberapa komen pun nampak macam dah hilang.
Tak mengapa, nanti boleh tambah lagi. Tapi untuk artikel sebelum ini, saya tak ada salinan, sebab saya terus add dan post secara online saja, kalau begitu, artikel saya selepas ini saya akan backup supaya jika terdapat masalah, boleh diupload kembali.
p/s-Kemungkinan saya dah tak sempat nak post sebarang artikel lagi lepas ni, saya nak cuti sekejap, sebab saya ada exam seminggu lagi dan exam saya akan berjalan selama lebih kurang seminggu, lepas habis exam, saya akan post lagi artikel.
Terima Kasih.
December 5th, 2009 at 1:18 am
Selamat berjaya dalam exam alessandro..study smart ye.
December 5th, 2009 at 12:51 pm
sebelum masak atau makan kangkung pastikan dibasuh terlebih dahulu..pernah ada kes kematian seorang budak menemui ajal setelah makan kangkung yg dimasak ibunya. setelah disiasat rupanya dlm kangkung ada lintah yg tidak dibersihkan lalu masuk kedalam perut budak tersebut dan membiak. moralnya, basuh kangkung (atau apa saja jenis sayur) bersih2 sebelum makan.