Tenaga Skalar Dan Air
APA ITU AIR?
Air merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan manusia. Air melitupi permukaan bumi sebanyak 70% daripada luas permukaannya dan menjadikan ia satu sumber yang terpenting serta terbanyak di dunia. Secara kimianya, air terbina daripada 2 unsur hidrogen dan 1 unsur oksigen yang akhirnya membentuk satu molekul air. Sememangnya, air berfungsi sebagai medium pengangkutan yang utama di dalam sistem tubuh manusia. Tubuh manusia secara amnya mengandungi 70% air manakala otak manusia mengandungi 90% air. Jadi tidak hairanlah mengapa air menjadi medium terpenting di dalam hidup manusia. Hidup tanpa makanan selama beberapa hari masih lagi tidak menjadi masalah tetapi sebaliknya hidup tanpa air akan mengundang banyak masalah malah boleh membawa maut.
“Scalar Energy – A Completely New World is Possible”:
(Dr Tom Bearden – US foremost scalar scientist)
“When Quantum Pendant touches water, water becomes re-programmed”:
(Dr Viktor Schauberger- Austrian Scientist)
Air mempunyai satu sifat yang amat istimewa di jadikan oleh Tuhan. Air mempunyai keupayaan untuk ‘merakam’ keadaan di sekelilingnya. Sifat ‘perakam’ itu membolehkan air menyimpan getaran, aura, gelombang, tenaga malah pemikiran seseorang. Sifat yang amat menakjubkan ini menjadikan air sebagai medium ‘perakam’ atau ‘pengingat’ yang terbaik di atas muka bumi. Malangnya, air yang di salurkan kepada pengguna menerusi paip agihan sudah tercemar bukan sahaja dari segi fizikalnya tetapi juga pada sifat ‘perakam’ nya. Di dalam perjalanan untuk sampai ke rumah pengguna atau di mana-mana sahaja air telah terdedah dengan pelbagai getaran tenaga samada yang baik ataupun yang buruk. Sebagai contoh mudah, keadaan dalam sistem perpaipan sudah semestinya di cemari dengan bermacam-macam enapan yang berbahaya seperti pengaratan, klorin dan beberapa logam yang terlarut.
Memasak air mentah daripada sistem perpaipan tidak menyelesaikan masalah ketulenan dan keselamatan air. Dari segi fizikal air tersebut telah bebas daripada kuman dan bakteria tertentu sebaliknya air tersebut masih belum lagi bebas sepenuhnya daripada getaran tenaga negatif yang di ‘rakam’nya semasa di dalam perjanalan. Di burukkan lagi dengan peningkatan tahap radiasi semasa air tersebut di panaskan.
Air yang menyimpan getaran tenaga negatif menyumbang kepada masalah kesihatan yang tidak kelihatan secara mata kasar. Malah boleh di sifatkan sebagai pembunuh dalam diam. Pelbagai masalah kesihatan bakal timbul daripada pencemaran sifat hebat air ini.
Berdasarkan kajian seorang saintis Jepun Dr. Masaru Emoto melalui beberapa bukunya yang bertajuk “Messages From Water”, “The Hidden Messages in Water” dan “The True Power of Water”. Beliau menyimpulkan bahawa Tenaga Skalar yang di hasilkan oleh Quantum Pendant dan beberapa produk Quantum Science berkeupayaan mengembalikan kandungan getaran tenaga positif di dalam struktur kristal air melalui sifatnya sebagai perakam yang terbaik. Air minuman yang di dekatkan dengan Quantum Pendant akan di programkan semula menjadi air yang lebih menyihatkan, bertenaga dan mempunyai keupayaan penyembuhan terhadap penyakit. Berikut adalah gambarajah struktur kristal air selepas di ‘cas’ atau di programkan semula oleh Quantum Pendant.

Struktur Kristal Air Sebelum Dan Selepas di “Cas’ oleh Produk Quantum Pendant
Saksikan Video Struktur kristal Air Berubah Berdasarkan Gelombang Sekeliling.
Info Berkaitan:
2. Aturan Penggunaan Produk Quantum Science
3. Quantum Pendant Penawar Halimunan
6. Quantum Pendant Dan Asas Rawatan
Popularity: 4% [?]


