Etika Perniagaan Bersama FusionExcel
salam semua,
Pada kali ini saya ingin mengulas tentang beberapa etika dalam perniagaan FusionExcel International (khas buat yang baru menceburinya). Perniagaan ini memang hebat..saya tidak pernah menafikannya!. Mengapa tidaknya sehinggakan jurutera pun berenti kerja kerana penangan bisnes pendant yang luar biasa hebat ini. Jadi buat yang belum menceburinya, rebutlah peluang ini dengan segera.
Pertamanya, dalam bisnes yang berteraskan networking ini konsep upline dan downline sememangnya tidak boleh dipisahkan sama sekali. Sebelum itu, saya ingin mendefinasikan perniagaan daripada kaca mata saya. Perniagaan bermaksud ‘eksploitasi’. Ianya berkisar tentang sejauh manakah anda mampu mengeksploitasi sumber-sumber di sekeliling anda untuk anda sampai kepada matlamat mencipta keuntungan dan pendapatan. Namun apabila sebut sahaja perkataan eksploitasi..pasti ramai yang akan melontarkan persepsi negatif tentangnya. Di sini, eksploitasi yang saya maksudkan adalah eksploitasi positif bukan nya eksploitasi yang bercorak negatif. Apa yang penting adalah konsep ‘menang-menang’ atau win-win situation.
Saya ingin mendedahkan beberapa eksploitasi negatif antara upline dan downline di dalam mana-mana perniagaan yang berkonsepkan networking.
1. Upline mempergunakan kelebihan yang di miliki oleh downline semata-mata untuk mendapat kepercayaan orang ramai atau bakal pelanggan.
2. Upline memaksa atau dengan kata yang lebih tepat memberi tekanan kepada downline untuk melakukan jualan semata-mata untuk memudahkan si upline mencapai tahap yang di cita-citakan.
3. Menipu daya downline dengan memberi kredit awal semasa pembelian stok dan akhirnya downline tersepit dengan hutang.
4. Upline yang tamak biasanya bertindak mengawal pergerakan downline baik dari segi pembahagian bonus mahupun tekanan jualan.
5. Upline yang tidak beretika biasanya seorang yang pilih kasih, maksud saya apabila beliau nampak seorang downline berpotensi (kononnya) beliau mula invest kepada downline tersebut. Sedangkan beliau terlepas pandang downline yang lebih berpotensi.
6. Upline yang tidak beretika akan menggalakkan anda membuat jualan semata-mata. Bukannya menggalakkan anda menjadi leader atau pemimpin untuk jaringan dibawah anda.
7. Upline yang tidak beretika amat gemar melontarkan kata-kata manis dan janji-janji kosong.
Mengapa saya mengulas tentang etika yang lebih menjurus kepada upline?..kerana dia adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan perniagaan ini kepada anda. Perniagaan adalah untuk kebebasan bukan untuk menjadi alat kawalan daripada sesuatu pihak. Sebagai upline yang beretika, anda seharusnya menjadi penunjuk jalan kepada downline-downline anda bukan bertindak menjadi jurujual kepada downline anda. Ingat..business is freedom.
Popularity: unranked [?]
Related posts:
- Quantum Pendant Dan Gelombang Otak
- Leader atau Retailer?
- Pakej Perniagaan Terkini FusionExcel International
- Jualan Murah Quantum Pendant RM 200 Sahaja!
- Mengapa Saya Begitu Teruja Dengan Perniagaan Produk Quantum Science?
This entry was posted on Thursday, July 9th, 2009 at 8:05 pm, filed under Info Bisnes, and is tagged as alpha, beta, brain waves, delta, eksploitasi, etika perniagaan, fusionexcel, gugup, imsomnia, kurang keyakinan, lemah fikiran, quantum pendant, theta. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


July 11th, 2009 at 10:58 pm
suatu MLM yg berbeza dr MLM lain. tidak perlu maint PV. product yg amat berkesan. demo saje trus celik buka mata. saye dah alaminye…..
July 12th, 2009 at 12:29 am
betul tu nik..tidak perlu maintain PV.sape2 yang berminat untuk memulakan perniagaan hebat ini sila ke download presentation di laman buat duit.
July 13th, 2009 at 1:23 pm
saya dh serik dgn mlm sebab kena push memanjang dgn upline. asyik dia saja yg nak untung.
July 16th, 2009 at 11:29 am
Dalam MLM, kita bekerja secara berkumpulan dan seboleh mungkin hindarkan sifat tamak.
July 19th, 2009 at 12:25 am
Setuju sgt. Pasti ada yg “terasa”. Kpd pn rohaya..jgn serik…jadikan teladan. Bukan salah MLM, tapi salah pada orang yg tamak. Yg penting kalau ada downline sendiri (saya lebih suka guna perkataan rakan niaga) kerja sama2, naik pun sama2. Admin (1001cures) adalah contoh terbaik… tabik bro.
July 19th, 2009 at 3:29 am
Terima Kasih..’TERASA’ yang tak tahan tu..hehehehe..Macamana dengan approaching doktor hari tu abang nizam? Ada respon positif ke?
July 22nd, 2009 at 11:32 pm
yeke…. mcm best je try tegok cam mane effect dia hahaaaa
July 25th, 2009 at 8:40 pm
Dalam apa-apa perniagaan, “apa yang penting….. KERJASAMA” At least ada benda jugak yang kita belajar dari Wonderpets. Kejujuran dalam perniagaan diutamakan. Then, baru ada kepercayaan. Kalau sekali orang dah tak percaya, tutup kedalah bang. Paling susah nak dapatkan kepercayaan… so jangan kejar duit, sebab duit banyak manapun tak akan cukup.
July 25th, 2009 at 10:08 pm
Apa yang penting!…KERJASAMA..hahahaha..dalam forex pulak apa yang penting!…FOLLOW THE TREND..
August 9th, 2009 at 11:52 am
saya sgt setuju..
jaga la downline elok2..
tp jgn sampai sendiri susah..
buat kerja sam2..so untung pun sma2 la.