Bijak Cara Mudah?

Salam Ceria buat semua. Harap anda sihat walafiat hendaknya ya.. :-)

Pada post kali ini saya ingin kongsikan satu teknik bagaimana untuk meningkatkan fungsi otak, membantu memperbaiki tahap memori seseorang dan disamping itu membantu menguatkan tulang paha dan juga kaki.

Ingin tahu caranya? Ianya cukup mudah iaitu melalui senaman mudah yang kita semua mungkin sudah tahu mengenainya iaitu senaman Ketuk Ketampi.

Ketuk ketampi biasanya diberikan sebagai denda oleh guru-guru sekolah rendah kepada murid-murid yang nakal di sekolah. Ianya juga disebut dengan nama Injut dalam bahasa tempatan di Sabah.

Sejak sekian lama, tak silap dari masa kecil-kecil dulu, memang ketuk ketampi ni sering dijadikan denda untuk murid-murid.

Tapi adakah anda tahu rahsia disebalik ketuk ketampi ini?

Di dalam satu kajian di Barat, mereka mendapati senaman ini banyak membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan pemahaman seseorang itu, malah dapat juga menguatkan tulang paha dan betis serta membina otot dan seterusnya mengempiskan (buang lemak secara natural) di bahagian perut dan pinggang. Wah, hebat juga ya sebenarnya senaman ini?

Dalam satu pusat rawatan di Barat (khusus untuk pesakit sindrom down), method senaman ini digunakan dan didapati membawa banyak perubahan positif kepada para pesakit.

Disini, saya kongsikan teknik-teknik bagaimana untuk melakukan senaman ini.

Anda boleh lakukannya sebanyak dua kali atau paling sedikit pun sekali sehari.

Caranya begini :

1- Pada awal pagi, sesudah subuh, pakai pakaian longgar sebaiknya baju panjang dan seluar panjang dan bersedia di luar rumah, lakukan sedikit regangan selama lebih kurang 3 minit. Anda boleh lakukannya di dalam rumah juga, namun bila anda menghirup udara pagi di luar rumah, tentunya lebih selesa dan tenang. Anda juga boleh berlari-lari setempat untuk pemanasan, tidak perlu lama, cukup sekadar seminit sahaja.

2- Hirup udara dalam-dalam dan hembus kembali, lakukannya sebanyak 12 kali, dengan posisi kedua-dua belah tangan dari bawah dan setiap kali anda tarik nafas, tarik kedua-dua belah tangan dan didepangkan selari dengan dada dan bila anda hembus nafas, turunkan semula ke posisi asal. Rasai nafas anda tenang semula dan santai sekejap.

3- Rapatkan kedua-dua belah kaki anda dan bersedia melakukan senaman ketuk ketampi. Luruskan kedua-dua belah tangan anda selari dengan kaki anda.(atau jika anda tidak hendak rapatkan kaki pun tak mengapa, jarakkan sedikit mengikiut keselesaan anda.)

4- Pegang hujung telinga kiri anda dengan kepitan hujung jari dan ibu jari tangan kanan anda.(Jangan terlalu kuat)

5- Pegang hujung telinga kanan anda dengan peitan hujung jari dan ibu jari tangan kiri anda.(Jangan terlalu kuat)

6- Mulakan duduk dengan perlahan-lahan dan rasai ketegangan di bahagian paha dan paha dan sekiranya perut bermasalah lemak, anda akan merasai tekanan di perut dan kawasan sekitar pinggang. Turun dalam kiraan sepuluh dan naik dalam kiraan sepuluh.

7- Lakukan dalam hanya satu set sahaja. Satu set ada 12 kali. Maknanya sekali turun dan sekali naik adalah satu kali.

8- Lakukannya pada waktu pagi dan pada waktu malam.

9- Anda akan rasai kesannya secara perlahan-lahan.

10- Sekiranya anda hendak lakukan lebih lama pun tak mengapa, tapi jangan paksa diri, sebaiknya pada dua minggu pertama, lakukan hanya 12 kali setiap sessi dan anda boleh tambah kepada 24 kali pada minggu seterusnya ikut keselesaan anda.

Manfaatnya adalah :

-Mengurangkan stress.

-Membantu menguatkan daya ingatan dan hafalan.

-Membantu membuang lemak di sekitar perut dan pinggang.

-Membantu membina otot di bahagian kaki dan paha.

-Menguatkan tulang.

-Menyihatkan sistem badan.

*Tips tambahan-jika anda ada Quantum Flask atau Quantum Pendant, jangan lupa caskan air dan minum segelas air sebelum mula ya.

*Juga banyakkan makan kekacang Badam, Kurma dan Kismis kerana ianya banyak membawa kebaikan kepada kesihatan minda kita.

Selamat Mencuba! dan Salam Ceria. :-)

Popularity: 5% [?]

Related posts:

  1. Pentingnya Menjaga Kesihatan Tulang Belakang
  2. Di Mana Jantung Kedua Anda?
  3. Demonstrasi Keseimbangan Badan Dengan Quantum Pendant
  4. Aduh Seksanya Bila Mengidap Resdung..
  5. Bagaimana Mencari Info Di 1001Cures.biz?

This entry was posted on Sunday, January 17th, 2010 at 6:37 am, filed under Petua Kesihatan, and is tagged as , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Bijak Cara Mudah?”

  1. Patut la..budak2 nakal lebih cerdas berbanding budak2 yang pasif. Hehehehe…mungkin sebab kena ketuk ketampi selalu agaknya.

  2. saya suka kurma kering..amalkan mkn kismis juga..baru minda power :cool:

  3. nak jadi lebih pintar dgn Quantum Pendant? Bekalkan anak anda yang ke sekolah dgn air yang telah dicas oleh quantum pendant atau quantum flask.

    Ramai orang kita silap sebenarnya, selalunya ibu bapa akan menggalakkan anak2 membawa bekal air manis ke sekolah seperti air milo, air sirap dan sebagainya. Air2 tersebut tidak memberi apa2 manfaat pn kepada anak anda. Cuba lihat anak2 cina..mereka bawa bekal air apa ke sekolah…air masak je. Ramai orang tidak sedar air putih berkeupayaan menyerap gelombang dan energi drpd persekitaran dan merekodkannya dalam ikatan molekul air.

    Kalau diperhatikan betul2, anak2 cina selalunya meletakkan botol air masak mereka di atas meja. Segala pertuturan dan pengajaran serta niat guru yang sedang mengajar adalah gelombang energi. Air yg mempunyai sifat merakam dalam masa yg sama merekod segala energi (ilmu) yg guru sampaikan.

    Kesimpulannya, anak2 cina bukan sahaja mendapat input ilmu drpd pancaindera mereka malahan juga drpd air yg telah menyerap energi ilmu drpd penyampaian guru di dalam kelas.

  4. PENGUMUMAN!
    PEMENANG LELONGAN QUANTUM PENDANT 17 – 20 JANURAI 2010.

    wan halimah binti wan mad nazari telah memenangi lelongan 1 unit Quantum Pendant dengan bidaan tertinggi berjumlah RM 150.00. Tahniah!.

    Screen shot senarai pembida:

    P/S: Wan Halimah Binti Wan Nazari sila semak inbox emel anda untuk melengkapkan lelongan.

  5. PENGUMUMAN!
    PEMENANG LELONGAN QUANTUM FLASK 18 – 21 JANURAI 2010.

    Ward telah memenangi lelongan 1 unit Quantum Flask dengan bidaan tertinggi berjumlah RM 112.00. Tahniah!.

    Screen shot senarai pembida:

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes